Friday, June 2, 2017

MAAF

punya sesuatu rasa yang pelik
yang lain dari aras normal jiwa
melihat manusia lain sebagai satu perkara yang unik
mengapa mengapa kenapa dan apa
soalan itu bertalu
bagai gugus peluru menusuk diri

haha-

benar aku bukan secebis kain putih lagi
onak duri terhambur disini sana kulitku
tak kebal hampir melepuh rasa
tapi teruskan bertahan dan mengerti

--aku bernafas untuk diriku dan mereka yang kononnya ada bersamaku

aku cuba pandang semua yang ada
mencuba sesuatu  yang baru lagi
persetankan jiwa dan kehendak hati yang melarat sendu
ini bukan masanya

untuk dia dan sesiapa
MAAF

PANTAS

bersediakah aku untuk fasa seterusnya?
mereka ada disini
menemani tapi hanya ilusi bukan disisi
aku tahu
aku ngerti
aku redha

lepaskan satu lagi tapak untuk melangkah
bakal aku jumpa sesuatu yang baru?
ada angan dalam pilihan hati aku
atau hanya selaut dalam yang tiada hujung alirannya

mencuba mendekati yang baru
tersungkur pula dipertengahan perkenalan
aku lihat diri aku
sedalamnya
seadanya
mana mungkin ia menjadi
aku bukan sesiapa

pergi saja--

tunduk digarisan mula
dan tinggalkan saki baki penyesalan

ayuh maju
ayuh langkah lagi dengan laju
ayuh pergi jauh!