Saturday, August 13, 2011

Firasat

ada janji yang tak dikota
ada percaya yang menipis
ada fakta yang bercanggah
ada kata yang bersilang nyawa
ada pengaruh yang mengeji
ada senyuman yang bercerai dari realiti
ada aku yang pasti tiada kau

segunung harapan hancur
selangit kebahagian runtuh
seluas air mata bah
sekeping hati retak
seutuh pasangan gugur!

lihat dan fahami dengan akal segudang alam dan pastikan ini bukan mimpi yang kau kejar dalam realiti maya mencari kepuasan hati dan nafsu semata!

Saturday, August 6, 2011

Pesanan hina

Sekeping kertas belum tentu dapat disamakan dengan dia
Gadis mulus yang senyumannya misteri
Menidakkan nyata perasaan yang bertabir satin jiwa
Mengiyakan bukan emosi sebenar belahan hati
Senyum dan menarik semua jenis panca indera dalam satu putaran frasa

Sekeping kaca belum tentu dapat disamakan dengan dia
Lelaki gagah yang matanya meliar
Menunding hati berharap ia terus retak
Memapah luka agar jadi parut indah
Memandang dan mencarik semua harapan dan kobaran rasa butuh cinta

Nguap dan ngantuk bersatu
Senak dan sebal bersatu
Rasa bercanggah saat jawapan memapar selingan
Mata sembap mencari dan menunggu tiada yang datang
Apa yang datang apa yang pergi
Imaginasi penaip hina dalam waktu

Kau bukan penglipur lara dalam happily ever after loh mahfuz tuhan
Maka tutup mata dan niat yang benar itu hanya kun fa ya kun
Bukan prediction bodoh wanita sihir!

10:35pm, Saturday, 6 August, 2011

Adakah kau sanggup?

Kau menafikan jalan aku yang hanya sendiri
Sendiri bukan bermakna aku tiada sesiapa
Sendiri yang hanya bersamaan aku kekurangan huluran sapaan
Sendiri yang hanya bersamaan hidupku penuh dengan kegusaran?
Sendiri yang jika akhir cerita aku sentiasa sedar aku tiada jumpa jawapan

Kau menidakkan fakta nyata perasaan
Perasaan titik benar persimpangan
Perasaan tentang apa jadi apa perlu
Perasaan tentang kekecewaan penindasan jiwa
Perasaan perasaan perasaan yang sebenarnya tidak punya sebarang pesanan

Aku sanggup jadi begini?
Aku sanggup memilih ini?
Aku sanggup memutar soalan ini?

Yang akhir kau menang dan merdeka
Sedangkan cerita tamat hanya sebelum itu?

Satu jeritan kecewa maka boleh jadi jeritan bahagia?
Hebatkah kau untuk menormalkan satu sisi rusuk yang tiada empunya
Atau boleh dikata hilang tuannya?

Adakah kau sanggup?

10:24pm, Saturday, 6 August, 2011

06 Ramadhan 1432H

Melepak dihujung penjuru luar café

Menghadap skrin tv saiz lebar

paparan berita terkini stesen televisyen swasta

meneguk Ribena ais- anggur pekat kelat manis

lidah masih bersisa gravy lada hitam pedih


sedetailnya aku huraikan persis apa yang aku perlu lakukan:

berdiam sambil termenung?


Disisi kiri gadis berwajah gebu mulus senyuman

Dihadapan kanan lelaki bermata gadis sejuk pandangan

Tersenyum antara dua

Menyimpan sebuah cerita

Aku bagai menulis sebuah cerekarama

Dan juga mungkin mula menjadi penglipur lara


Kata Fared:

“Rindu itu bukan rasa, tapi hukuman untuk yang tak cukup berani buat keputusan…”


Jangan menipu andai dalam hati ada satu senyuman yang aku sendiri rasakan.

Biar yang merindu itu bukan aku

Biar yang dirindu itu bukan juga aku

Yang libatnya hanya dia dan kamu

Yang senyuman masing-masing tersimpul

Tiada keluhan kecewa atau sengaja

Tiada menafi atau menidak akan sebuah pertemuan yang menjanjikan cerita

Jadi mahu senyum dan bersenda atau membuat satu keputusan?


Kata Fared:

“Kadang-kadang, dengan tidak membuat keputusan itu adalah satu keputusan…”


Maka, pulang saja dan berharap esok masih ada untuk senyuman kedua!


10:16pm, Saturday, 6 August, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Cinta Tiga Langit

Bumi ditengah atas bawahnya berlapis
Aku ditengah kiri dan kanan mengapit

Kau kata cinta itu selamanya
Tapi kau ulit dengan berjuta penafiannya
Gubahan bahasa yang tak pernah sama
Mahu aku fahami yang kau cinta tapi kau tiada daya
Aku telan kisah terlarang
Aku ulas jadi yang tersusun seindah karangan

Bumi ditengah bukan selalu biru langitnya
Aku ditengah bukan selalu cerah harinya

Kau kata aku ada buat kau bahagia
Tapi kau hitung segala hari bila aku ada
Kau tak endah andai aku tiada
Bila jatuh kau meraung sakit
Tak mahu pertahan aku yang satu mereka yang bertiga
Dan aku bangunkan kau seperti megharap ini yang terakhir
Tapi akhir aku yang tiada tanda

Bumi ditengah punya banyak nyawa
Aku ditengah punya satu jiwa

Menghitung segala tangis
Bagai ini yang kesepuluh juta kali
Aku keringkan keringat dan memori
Biar reput dibawa angin tawa senada
Putus nyawa putus pegangan
Putus jiwa putus segala

Dan aku berlalu ditengah bumi
yang atas dan bawahnya berlapis langit dan tanah
menelan jasad dan maya hari hariku!

07:11pm, Wednesday, 3 Aug, 11