Showing posts with label hitam. Show all posts
Showing posts with label hitam. Show all posts

Wednesday, October 12, 2016

backstabbers

kamu bertanya pada aku
semua yang ada dan tiada
kemudian soalan lagi tentang apa dan mengapa
kemudian kita bertanya sesama sendiri
apa dan siapa

tiada hujung--

esoknya
perlahan matahari datang
tinggalkan persoalan lagi
walau kamu dan aku cuba fahamkan
tentang apa dan siapa
tapi ia tak sama seperti matahari semalam
yang datangnya lebih awal


-- dan menerbitkan rasa teruja lebih daripada biasa


bila hari hari yang mendatang
cuba lah kita jangan lagi bertanya
apa dan mengapa
kerna yang lahir nanti
cuma penipuan perasaan yang tiada erti

kelmarin dan semalam pasti kita tak mengerti
kala kini ia akan lebih membawa erti

-- tinggalkan kita juga hanya disisi sepi

Tuesday, July 19, 2016

Secebis Cinta Umrao Jaan.

“Cinta yang agung ialah doa seorang bapa kepada anaknya, kasih yang dicurah daripada seorang ibu kepada anaknya.”

“Tetapi cintaku agung terhadap Umrao!”

“Cinta pelacur hanya kerana harta!”

“Kau menghina cintaku kepadanya, seperti kau menghina aku, bapaku!”

“Ingatlah! Cinta yang kau berikan kepadanya adalah kerana adanya cinta hartaku kepadamu. Lalu sekarang kau tinggalkan cinta hartaku itu kepadanya atau kau tinggalkan hartaku untuk cintanya.”



Umrao Jaan
...................................................................

Apa yang kau lakukan Wahyu? Perjanjian yang tiada tanda kesetiaan. Hanya yang ada selingkar penyeksaan dalam jiwa yang kian kosong. Dipandang sepi wajah si kekasih yang kian lena diulit kasih yang dicurahkan walaupun hanya semalam dia baru sahaja mengenal cinta. Genggaman tangan yang tidak dilepaskan sejak tadi kian longgar. Dengkuran halus kedengaran. Curahan kasih sayangnya suatu ketika tadi mungkin memenatkan sang kekasih. Dimindanya masih kosong.

“Apa yang aku lakukan ini?”

Diusap rambut si kekasih. Berkerut dahinya. Terganggukah dia dengan usapan kasih itu. Wajah itu nampak tenang. Tiada rasa kekesalan yang ada dalam jiwa itu seperti yang dirasakannya sekarang.

...................................................................

“Aku punya kekasih. Tetapi dia hanya kekasih,” lafaz Iskandar.

“Hanya kekasih tanpa cinta?” Wahyu bertanya lagi.

“Mungkin ada suatu ketika dulu. Tapi kini yang hanya adalah sengsara. Dia berikan kebebasan fizikal. Namun, aku terdera minda.

“Aku pernah punya rasa ingin dicinta. Suatu masa dahulu juga. Si kekasih datang dan aku hanya inginkannya. Namun, aku berbeza agama dan kemahuan daripadanya.

“Aku ditinggalkan dalam sengsara juga.” Iskandar mengeluh panjang. Dipandangku sepi.

Wahyu sedar, bukan dia sahaja yang pernah merasakan sengsara ditinggalkan. Pemergian Fahzan membawa kebahagian yang sepi.

“Aku perlukan lelaki dalam hidup. Walaupun agak bodoh untuk terlalu berharap seolah-olah aku hidup hanya untuk mencari lelaki dan cinta.

“Aku ingin cuba rasa bahagia berpasangan. Mengerti bahawa disetiap jalan dan langkah ada seseorang yang mengiringi.

“Saat ini aku sedar, diri aku dah kosong. Tiada nilai,” luah Wahyu.

Kekosongan dalam kata saat itu. Jujur hatinya, dia kosong. Memang dia kosong dalam apa yang berlaku saat itu. Apa sebab apa kesan, dia tidak fikir. Bukan dia tidak cuba untuk fikir, dia cuba tetapi tiada apa difikirannya saat itu. Ada sesiapa yang memahami? Rasanya tiada.

anasir

Kau diam
Ada suara menusuk ke rongga telinga
Bagai panggil panggil
Serata buana
Mahu ishtiharkan bahawa aku apa?

kau hanya anasir
bernama tiada--

Thursday, January 22, 2015

AMI III

Ini penulisan akhir buat kau

Cobalah mengerti
Aku tak hebat dalam menyintai
Bersikap profesional
Seperti yang lain
Apa aku tahu
Jika sayang kau
Tunjukkan sayang itu
Tak kira bahasa aku berkecamuk
Emosi aku tak terurus
Nyata penting
Aku sayang kau

Tapi itu silap terbesar aku

Cinta aku disangka obses
Obses aku fahami ia sebagai gila
Gila yang tak terbatas

Maaf

Ini kedua kali
Aku terima ucapan ini

Jadi

Langkah aku terhenti
Disini
Seperti hari itu

Menitis hiba
Lelah
Sendu
Tatkala fahami aku pilih
Perkara sia sia

Kesekian kali
Aku akui
Kebodohan ini berganda
Berganda sia sia

Hati
Kini terkunci
Dan kuncinya dibuang jauh

Tak akan terbuka lagi
Jangan sesiapa rayu

Aku bukan lagi aku

Terima kasih untuk segalanya


Saturday, December 27, 2014

Rahsia terakhir

Mungkin semua orang tahu
Mengetahui bahawa aku cinta akan kamu
Mencintaimu lebih dari segalanya
Namun demikian,
Aku hanya seorang yang gagal

Segagalnya aku mencapai apa yang dihajati hati
Dihajati diri dan semua berakhir dengan kosong

Kemudian
Hari ini aku mengetahui sesuatu
Bahawa cinta yang aku kejar tiada nama dari mula
Malah tiada akhir nya juga

Kemudian
Mengetahui bahawa aku gagal dari titik mula
Mengetahui segalanya bukan milik aku

Kemudian
Merumuskan satu perjalanan yang sia sia semata

Malam ini
Disisi kamu yang terlena tiba tiba
Aku bagai mahu mengucup dahimu
Ucap kata selamat tinggal buat selamanya

Kemudian
Menjauh dengan selayaknya

Malam ini
Malam terakhir aku tatap kamu
Malam terakhir aku kata aku cinta kamu

Kemudian
Akan berakhirlah segala cerita aku

Seadanya.

Rahsia aku yang terakhir:

 aku bukan bebanan untuk kamu. Sakit aku ditanggung aku bukan kamu atau mereka. Jadi hidup kamu baik baik. Semoga dapat cinta yang kamu hajati.

Kadang aku iri. Mungkin tiada yang doa buat aku jadi lah aku hidupnya kudus cinta. Tidak seperti dia yang selalu kamu doakan maka segala indah dihadapinya...

Our story end.

Sunday, December 14, 2014

past traumatic disorder

Hey kamu
Baca ini

Apa aku ini manusia jenis yang bagaimana?
Harap semua rasa ini henti dengan segera
Harap semua perbuatan tak rasional ini henti dan tiada lagi sekelumit tanda yang tinggal

Apa aku memang tak normal
Hampir setahun aku hadap isu sadis ini
Penat?
Aku kian lelah sebenarnya.

Hadap kamu
Harap mereka
Hadap semua
Malah paling sadis malah paling tragis
Hadap diri sendiri
Tak tahu mana penghujung cerita

Hari ini aku mahu henti
Esok aku lupa
Hari esok aku mahu henti lagi
Esoknya lagi aku lupa
Hilang semua rasa mahu henti rasa pada kamu
Malu?

Lebih dari itu
Aku mahu tanam diri hidup hidup
 Tak perlu hadap apa apa lagi
Tapi aku pasti esoknya hari aku pasti lupa lagi

Aku
Past traumatic disorder
Jadi cuba faham
Kalau aku tak mati
Sampai bila entah aku masih akan begini
Jadi kita tunggu aku mati sahajalah.

Ok?

Tuesday, November 18, 2014

between heaven and hell

Saat aku ucap aku cinta--
Apa yang kau rasa
Tiada apa?
Kosong?

Atau rasa bangga punya peminat rahsia dikalangan teman?

Saat aku ucap aku cinta--
Jawapan apa kau mahu beri
Jangan?
Biarlah?

Atau kau tak endah apaapa langsung?

Hidup aku terumbang ambing
Tak tahu mana mula
Tak tahu mana persimpangan hentian
Hanya aku tahu penghujung itu pasti

Jangan bandingkan pandangan pemikiran aku yang karut lagi kalut dengan hidup siapa siapa yang sempurna

Aku hanya mampu diam

Kini aku ucap mahu pergi
Apa yang kau rasa
Apa jawapan

Semua hanya rahsia
Rahsia hingga matimu
Kerna aku tak langsung layak mendengar kenyataan indah mahupun tragis dari mu


Buanglah--

Tinggalkan aku sepi antara syurga dan neraka...

Wednesday, August 27, 2014

'bukan' jodoh

Kalau bukan jodohnya.
Tiada apa yang dikecapi dia--

Kau yang terindah
Dalam hidupku tak mahu aku mencari yang lain..

Tapi ia hanya mimpi
Mimpi ngeri yang akan berakhir tak lama lagi
Liku liku jalan yang bernadir hina
Maka buka mata aku seluasnya
Seluas jawapan yang terbentang--

Buat benci yang melata terhenti
Biar tangis yang sentiasa menemani--

Tapi aku tetap aku
Bukan milik dia atau sesiapa
Dan kamu tetap kamu
Bukan milik aku atau sesiapa--

Kini telah ku sedari
Diri ku tak sedia menanti sesiapa
Namun
Ia andai kau tahu
Memahami dan mengerti aku semahumu--

Thursday, April 17, 2014

Wacana Pemilihan

semalam aku buntu
esok mungkin juga begitu
aku harap ada terbit sinar di ufuk sana
tapi masih jua sama tiada beza

hey!
jangan melankolik dalam pemilihan
hati dan akal biarkan ia bergabung
bukan meninggalkan satu sama lain

hey!
kamu disini
jasad sudah terkubur jadi jangan salahkan sesiapa
jika tiada tangan untuk disambut
kasih untuk dipupuk
biarkan ia reput dalam jahil pemilihanmu?

senyap
diam
biarkan akal berfikir secara rasional bukan simpati

diam
diam

lalu

mati?

Monday, September 30, 2013

...

Tiada kata yang dapat aku ungkapkan lagi
rasa sayang yang menimbun kian menipis
dan aku masih menafikan
dan kamu masih begitu
merasa kita ada rasa lagi
sedangkan ia kian melebur dan hilang
hilang dalam rasa yang entah dimana

Ya
Tiada rahsia antara kita
merapatkan janji yang terbina lama
lama lalu kelam dalam damai yang kononnya indah
beri aku peluang untuk menyimpan rasa
rasa sakit dan segalanya
segala yang mungkin ada untuk disimpankan buat masa hadapan

Jadi
Tinggal saja aku dan kamu dengan kenangan yang entah mana adanya
entah mana hilangnya

Bicara aku kali tentang hilang dan ada
ada dan hilang
buat kesekian kalinya

Ah!
Karut semua ini bila tiada siapa yang memahami
Karut hari ini bila ia selalu terjadi
diam dan hilang
ada dan hilang
jadi apa yang tinggal dalam hati kamu?
erti bisu dan alpa
atau bisu kerana aku ada
jadi simpan aku dalam kamus tak bermakna apa apa
thesaurus hilang
dan makna mati!

Friday, June 14, 2013

engkau

hey.
apa salah aku dulu.
kau pandang kejam setiap waktu
lalu kini kau sapa aku lagi

ah.
aku yang sapa engkau dulu
salah aku
sedar aku direaliti
bumi keras Allah
tapi aku cuma ingatkan engkau
darah aku milik kau
jadi pandang aku dan senyum!

cis.
sendu aku bergabung
tiba.tiba.
kau masih dalam harapan aku untuk terus hidup

cis.
berdebahnya aku
lupa pada bumi keras Allah ini kadang kadang jika Dia mahu habis rabak juga
ya. rabak dan terburai lalu menjadi cebis hina.

Sunday, May 19, 2013

marah

petang yang dingin
walau tiada secebis kepingan salji di tanah melayu. aku tetap kata petang ini dingin dek deru angin
aku tatap pintu depan diri
ya mengharapkan sesuatu
atau lebih tepat sekujur tubuh atau dua atau tiga atau sesiapa saja?
entah
itu jawapan muktamad

hati aku kian berdarah
dirobek rakus oleh mereka
siapa yang meyisipkan kata amarah?
entah
itu jawapan muktamad

jauh dari aku sebelum dulu tapi jauh kini selepas segalanya
rakus dan cabik hati ini
lerai lusuh dan luluh diragut
lalu aku dengan dendam cerai cara hapus dari akar
lihat ia berderai disiakan

kau melihat
mereka melihat tapi hanya mampu diam

sial!
jerit aku dalam hati yang sudah jadi cebis sisa tak berguna

perlahan aku kutip
ya
ia milik aku
jadi aku kutip buat simpanan keramat selamanya.
kau? mereka?
pergi mati dengan kata yang berbalut dusta dan hina
titik

Wednesday, February 13, 2013

Hai

hai.
Apa nama?

Maaf. Saya terlupa apa nama.
Yang saya ingat cuma

"hari ini jangan bercakap dengan sesiapa, terutama jika dia adalah manusia!"

Tuesday, November 20, 2012

Lain

25 tahun lalu dia lahir ke dunia. tanpa sebarang perancangan mereka melakar indah hidupnya

tapi itu fantasi sebuah cerita.

kenyataannya...

25 tahun lalu dia lahir kedunia
seorang kata tidak seorang kata mahu
lalu dia ditinggalkan sepi selama dua minggu
berapa tahun kemudian dia ditinggal lagi
dan kesekian kalinya dia ditinggalkan selamanya pada setahun lalu

yang seorang sudah tiada
yang ada bagai berkira-kira

mereka membuat perancangan lagi
mendoa pada yang tiada supaya ada dan meninggalkan dia lagi keseorangan

hey kini dia lain
dia megah mempersetankan kata manusia bernama mereka
dia indah melakar cerita yang mereka tak mahu dengarkan
lalu dia senyum dengan ikhlas menyimpan dendam untuk menjatuhkan mereka yang memang sudi menjatuhkan dia selama ini

lain
dia kini sangat lain
putaran hidupnya bagai taufan
gelombang langkahnya bagai el nino menggulung rasa
jaga jaga

dia kini lain
bukan lagi si bayi yang cuba kau buangkan dulu.

Friday, September 14, 2012

Adakah aku...?

termenung seketika saat memikir
satu demi satu paksi akal rasional kecundang dalam senyuman paling huduh pernah dilayangkan umum
kecewa 
satu demi satu perjuangan terkandas dijalan salah
kuperlukan dinding berperisai platinum
kalis segala rasa dan kata

ku terperosok lagi
dendam amarah bergabung lalu tertipu lagi dengan jiwa hitam
hari hari lalu dengan rakus ragut aku lagi
malam malam gelap kambus aku dalam palitan maya 

berpusu ingin diluahkan tapi yang hadir cuma kesadisan hati
hilang lagi satu epik dalam ketulusan
lalu timbus aku dengan sendirinya
masuk kedalam bawah tujuh lapis bumi
jangan lagi wujudkan diri
jangan lagi libatkan duniawi usang hina..

berpasukan dengan realiti hina memang akan hanya sementara saja!
abadi itu hanya mati...

Thursday, August 16, 2012

Bohong

jika bercakap benar itu menyakitkan semua pihak jadi dimana letaknya hati manusia kini.
jika melihat yang Satu itu kepayahan jadi dimana jiwa manusia yang nyatanya hamba?

jika ini adalah laluan kau dimana laluan aku
jika ini cerita yang pahit dimana yang indah dan bahagia
jika ini dan dimana
jika ini dan dimana
jika ini dan mengapa?

perhati sekeliling manusia yang bernama aku
lihat dan pandang dengan teliti
manusia bukan menyendiri
mereka memerlukan satu sama lain
sakit
sakit
dan menyakitkan

aku berdoa semua jangan jadi pelik dan hitam
aku berdoa
aku berdoa

tapi mengapa masih ada bohong?

Wednesday, August 8, 2012

Jerangkap Hati

Berlalu satu plot pemusnah dalam diri
ada subplot yang terbit dengan sewenangnya
membina cerita yang hanya diri memahami
maki caci kesat tangis jadi inti
kau marah kau gila
kau hilang kau mati
kau alpa kau sengsara
subplot menarik dendam sampai esok
mencanang hitam dalam siulan onar bahasa

Terbit lagi cerita pemusnah
mengadu domba antara jiwa
manusia yang alah dengan terkejut minda
sentiasa mahukan cinta
tanpa sedar hilang dalam gelap rasa ingin tahu
berdentum lagi persoalan
memulang cebis hancur hati
bergelombang lagi amarah
seantero daerah makin gelap
berkabung!

mohon mega hitam itu berlalu
mohon awan tegar permintaan ini
mohon siapa saja hilangkan aku
mohon aku mohon kamu mohon semuanya
mohon beri satu lapis rasa lagi pada aku untuk rasa indah
mohon aku
mohon sungguh!

bila rasa tiada rasa
bila tangis tiada air mata
bila amarah tinggal sesal
bila aku tinggal kejung jasad
...terperangkap...

Thursday, January 19, 2012

Halimunan

Dipeluk rakus aku dengan segala keaiban
memerit hingga ke dasar jiwa hitam
ngilu dengan pelbagai rasa
mahu ku laung
mahu ku pekik agar tiada lagi yang menjaja

Menggulungku dalam satin kelam penipuan
menapak aku langkah demi langkah
jauh dari mata hitam manusia
lari aku
lari lagi
bawa segala harta yang ada
lari laju hingga aku terparah jatuh

biar dipenghujung ada tangan menghulur
tapi itu dia
dia yang membunuh aku
abaikan
abaikan segala mereka yang hitam
mencuba merampas segala hak ku
mutlak tiada kongsi

ku lontarkan bola kurungan kebebasan
agar yang ada dalam pusinganaku hanya aku dan milikku
hartaku!

-dari pandangan seorang wanita yang kian kehilangan.

Monday, January 16, 2012

Zombi X

pulangkan! pulangkan!

aku mahu masa dan tawa dan nangis aku dipulangkan
semua yang aku bazirkan dalam mengenal kamu

pulangkan! pulangkan!

aku mahu bahagia dan ceria dan indahnya aku dipulangkan
semua yang aku korbankan dalam mengenal kamu

kutip kembali cerita kosong yang kau wujudkan
kutip kembali nada hiba yang yang kau alihkan dalam membentuk segala rasa
kutip kembali sisa sisa senyuman memulaukan aku

dan pergi dengan hinanya kamu
kerna tiada lagi erti cinta dan sayang dan kasih aku pada kamu yang berjiwa ZOMBI berjenis X

Bentes

satu persatu biji biji berwarna itu
ku telankan dengan laluan cecair
perit
pahit
calit demi calit debu debu berwarna itu
ku sapu diatas calar kulit
hodoh
hantu

mahu aku sempurna mungkin
mahu aku seindah mungkin
mahu aku sebahagia mungkin
tapi aku tiada rasa
tapi aku tiada layak berdaya

jadi mahu aku bentes diriku sendiri
agar tiada lagi tawa memaki
agar tiada lagi pekik mengeji
salah jalan
salah pilihan

tapi aku mahu jadi sempurna mungkin
tapi aku kesekian kali salah memilih