Thursday, January 22, 2015

redha

Redha

Pernah aku redha?
Mereka tanya

Bila tahu kau suka dia
Bila tahu aku hanya sia sia
Bila kita kawan cuma
Bila kau kata aku gila?

Ya.
Aku redha.

AMI III

Ini penulisan akhir buat kau

Cobalah mengerti
Aku tak hebat dalam menyintai
Bersikap profesional
Seperti yang lain
Apa aku tahu
Jika sayang kau
Tunjukkan sayang itu
Tak kira bahasa aku berkecamuk
Emosi aku tak terurus
Nyata penting
Aku sayang kau

Tapi itu silap terbesar aku

Cinta aku disangka obses
Obses aku fahami ia sebagai gila
Gila yang tak terbatas

Maaf

Ini kedua kali
Aku terima ucapan ini

Jadi

Langkah aku terhenti
Disini
Seperti hari itu

Menitis hiba
Lelah
Sendu
Tatkala fahami aku pilih
Perkara sia sia

Kesekian kali
Aku akui
Kebodohan ini berganda
Berganda sia sia

Hati
Kini terkunci
Dan kuncinya dibuang jauh

Tak akan terbuka lagi
Jangan sesiapa rayu

Aku bukan lagi aku

Terima kasih untuk segalanya


mati

Hoi!

Haha!
Aku dah kata
Maruah aku tinggal sekelumit saja lagi
Jadi
Aku pernah merayu
Pelihara ia seadanya

Sayang
Sejuta tempik sekalipun
Ia dilunyaikan
Malam ini

Kau laung pada dunia
Aku racun
Darah kau
Mati kah?

Salah
Aku yang mati
Bercerai berai daging aku
Hancur luluh

Sangat indah
Darah aku gelap mengalir
Hitam

Bodoh
Aku dah mati
Beberapa kali yang lepas
Ini hanya jasad kosong

Benci kau?
Dari awal lagi
Malam ini
Ia tak lagi

Kau pula kena belajar
Bagaimana benci aku?

Wednesday, January 21, 2015

esok?

Apa yang ada untuk esok ?

Pemilihan
Rusuhan hati
Keluhan runtun jiwa celaru
atau
Sama seperti hari hari semalam
...semua yang tertulis di atas

Aku
Tak utuh berdiri sendiri
Perlu satu nyawa lagi
Tampung aku disisi rusuk
Tak begitu berakal
Yang selalu ada pengaruh jahat
Oleh 9 nafsuku
Perlu dibimbing 9 akalmu
Agar dilentur elok
Dibimbing telus
Rohani dan jauhari

Aku
Berfikir untuk hari ini
Hari esok
Dan sepuluh tahun lagi
Tanpa henti
Niat
Harapan
Walau nampak palsu
Walau bertulis mimpi
Tetapi tetap mahu dikecapi
Biar sulit
Biar bersimpul soalan
Lelah derai derap satu persatu
Tertinggal jawapan

Aku
Sudah suluhkan
10 perkara kepincangan ku
10 perkara kesulitan ku
10 perkara yang aku ragu
Tahu dan mengetahui
Tak mampu cari dan gali
Apa lagi untuk melayakkan diri
Dalam taruhan perolehi satu nyawa lagi

Apa rumusan Tuhan untuk aku?
Ditinggal kamu
Ditemani sepi?

Monday, January 19, 2015

Nada terakhir?

Aku
Hal ini tentang aku
Tak berkongsi dengan sesiapa
Tiada

Aku mahu cerita dan tulis
Tentang aku
Jadi bila yang membaca
Faham dan telan
Jangan jadi
Sama seperti aku

Buruk
Kusam
Lesu
Dan hilang segalanya

Cerita indah?
Maaf
Nada itu tiada disisi aku
Sejak bila?
Sedekad lama
Dulu.
Mungkin.

Yang tinggal
Dan aku masih sedar
Kehadirannya
Hanya--
Tanah nadir busuk
Himpun dosa tak henti
Cerai satu persatu
Sambil lihat apa lagi ada
Untuk esok?

Hingga pagi tadi
Pagi semalam juga
Pagi esok jua

Tiada yang henti
Heret aku dalam kayuhan pemilihan
Terumbang ambing buat simpulan hidup

Lolongan minta satu kali senyum
Tiada
Lolongan minta satu kali tawa
Tiada

Nada itu dah berakhir?
Atau hari ini yang terakhir

Thursday, January 8, 2015

jangan henti

AMI

Jangan henti doakan aku cepat lupakan kamu
Jangan henti doakan aku teruskan hidup tanpa kamu
Jangan henti doakan aku fahami cinta aku pada kamu hanya buih putih yang bakal sia sia
Jangan henti
Jangan henti

AMI

Jangan henti doakan aku pulih dari mengejar cinta kamu
Jangan henti doakan aku berjaya menjauh dari kamu
Jangan henti doakan aku bangun disatu hari dan tidak lagi mengenal siapa kamu
Jangan henti
Jangan henti

Kamu tahu kelukaan ini bagaimana
Kamu tahu kekusutan ini bagaimana
Jadi
Jangan henti berdoa

Seperti mana aku mahu saja sujud dan tidak mahu lagi bangun saat kamu senyum dan ucap apa yang berlaku hanya tiada apa apa

Ya
Kenyataan yang aku tahu dari dulu
Sejak dari titik mula permainan sia sia ini

Jangan takut
Aku sudah bersedia
Aku akan pergi buat selamanya--

Jadi
Kejar apa kamu mahu
Hadap apa kamu mahu
Ia tiada kaitan aku
Selamanya--

Sunday, January 4, 2015

degree keterujaan

Engkau
apa rasa engkau?
Bila aku kongsikan pelbagai cerita.

Engkau
Apa rasa engkau ?
Bila degree keterujaan aku berpuluh ganda
Tapi apa rasa engkau?

Jangan ditanya kenapa aku
Selalu menarik muka
Tarik tarik tegang urat saraf muka
Tunjuk protes
Provokasi pelbagai faktor
Jurus tekanan melampau

Apa rasa engkau?

Oh aku simpulkan satu

Aku bukan dia
Gadis yang penuh dengan degree keterujaanmu

Jangan sakit hati bila membaca
Kerna aku dah lama tahan sakitnya