Saturday, November 29, 2014

andai kau tahu

Andai kau tahu
Malamku sentiasa dingin membeku
Tulus fikiran aku terjerumus dalam sepi
Kuntum perkataan dan perasaan hilang
Berganti hari dan minggu
Persoalan datang
"Apa aku kini kian bersedia jauh dari kamu?"

Kongsi rasa dengan manusia lain
Belum pasti apa aku rasa ini benar

Andai kau tahu
Siangku berpalit pelbagai rasa dan gundah
Tak seindah bila kau didepan mata
Kalungan noda tanya hanya sia sia
Jawapan pasti aku kian hilang
Rasa seperti semalam
"Apa aku memang sudah sedia?"

Jadi aku liha semula
Mungkin terlalu kuat mahu jadi jahat
Perempuan jahat yang tahu berdikari
Perempuan jahat yang tak perlu rasa dikasihi
Perempuan jahat yang hilang rasa cinta kerana insan itu tak sudi


Kuat hati tepis segala
Bila mahu taip jujurnya
Aku buang dengan segera
Hadap realiti
Insan itu bukan aku punya
Insan itu bukan aku punya
Insan itu bukan aku punya

Ah!
Ada cebis rasa ngilu pada hati
Sakitkah?

Cepat henti
Jangan taip lagi
Kita cuba perlahan lahan
Esok kita pasti dapat terima hakikat

Tuesday, November 18, 2014

kupasan memori

Percaya atau tidak
Bila setiap perkara yang berlaku
Pasti aku cuba gali persamaan dan penyelesaian

Jika kau kata kau diam atas sebab tertentu

Pasti kerana kau tak mahu lukakan beberapa hati dan perasaan

Jika kau kata ada sebab tertentu kau diam

Pasti kerana melibatkan hati dan perasaan seseorang

Tapi sedarkah kau?

Ia perkara yang sama
Kerana manusia yang sama
Dan aku bagai fahami seadanya

Tak sekelumit aku berpura
Aku hanya biarkan
Ia atas kehendakmu
Fikiranmu
Pilihanmu

Jangan dirimu terperangkap
Dalam perancanganmu sendiri

Oh ya
Jangan pula anggap aku
Dunia aku
Jalan aku
Tak bisa berputar
Tak bisa bernafas
Jika pilihanku bukan sama pilihanmu

between heaven and hell

Saat aku ucap aku cinta--
Apa yang kau rasa
Tiada apa?
Kosong?

Atau rasa bangga punya peminat rahsia dikalangan teman?

Saat aku ucap aku cinta--
Jawapan apa kau mahu beri
Jangan?
Biarlah?

Atau kau tak endah apaapa langsung?

Hidup aku terumbang ambing
Tak tahu mana mula
Tak tahu mana persimpangan hentian
Hanya aku tahu penghujung itu pasti

Jangan bandingkan pandangan pemikiran aku yang karut lagi kalut dengan hidup siapa siapa yang sempurna

Aku hanya mampu diam

Kini aku ucap mahu pergi
Apa yang kau rasa
Apa jawapan

Semua hanya rahsia
Rahsia hingga matimu
Kerna aku tak langsung layak mendengar kenyataan indah mahupun tragis dari mu


Buanglah--

Tinggalkan aku sepi antara syurga dan neraka...

Saturday, November 15, 2014

karut

Mungkin cuma aku yang bersemangat
Untuk terus cuba
Jadi
Maaf saja

Aku diam saja
Perlahan lahan buang semua

Terima kasih
Daun keladi
Kalau dah tak sudi
Kita tak perlu ketemu lagi

45days more to go

Hey
I got another 45 days
To show all the evidence
Of my love towards you
Just 45 days

What should I start first?
The definition or the explanation?
What should I write first?
The point of view or the factual?

Confusing lead me to the urge of frustrating
But I will try my best
To fulfill the day
Your day
My day
Our day
With beautiful moments
Promising something unsure
However it doesn't mean I'm going to giving up

This time I'm eager to make every seconds left as the best time ever

So lets continue our day darl
May Allah bless us


Friday, November 14, 2014

jika ada...

Jika ada malaikat yang sanggup tolong aku kala ini, pergi padanya. Lihatkan apa yang berlaku padanya. Tiupkan semangat padanya. Ucap padanya masih ada satu hati yang setia menantinya disini. Menanti dia untuk berpaling dari semua yang kelam.

Jika ada malaikat yang sanggup tolong aku kala ini, pergi padanya. Pulihkan dia. Kembalikan senyumannya. Buktikan semula hati dia berhak juga untuk bahagia..

Jika ada.
Jika ada malaikat yang sanggup tolong perempuan sepertiku memulihkan hati seorang lelaki yang aku cinta.

Jika ada.

November's love

90 hari
Kian berakhir
Dimana aku mahu letak hati ini?

Kenyataannya
Tak ramai mendoakan cinta ini wujud
Tak ramai senyum kala ia wujud
Tak ramai hati yang tenang dan berdenyut kencang kala kewujudannya

Tutup pintu itu sedikit
Ada beberapa hari lagi sebelum aku tutup sepenuhnya
Selebihnya aku berserah
Kalah tanpa bertanding itu tema
Yang ditetapkan oleh penonton
Menonton tanpa kelip mata
Tampak menarik
Tapi ia sadis dan tragis

Tinggalkan suku masa ini
Hadapi saat saat satu yang tertinggal
Bukan tarik diri tapi sudah kalah
Keputusan ada sebelum pertandingan tamat

Mahu tahu hadiah utama?
Sebuah memori bertaraf platinum
Kau tak akan jumpa walau guna mesin masa

Simpan dan kunci mangganya dengan apa jenis besi
Jangan pernah terbuka lagi
Perempuan kuat adalah perempuan jahat dan kejam
Dia kuat menangis tapi tak lemah hatinya
Dia kejam untuk jadi terbaik
Dia jahat kerana beri bahagia pada sesiapa sahaja
Tapi dirinya ranap bersalut noda dan nista

Biar apa saja yang mendatang
Petik satu perkataan
 'Aku berdiri kerana aku mahu
Aku mahu dan mampu
Aku mahu yang lain jauh
Jaguh dan laungkan
Kelukaan itu aku sulakan kewujudannya'


Cinta ini ajar aku jadi perempuan jahat dalam makna sebenar!

persetankan perasaan

Aku

Dia

Kami tiada apa apa
Hanya makhluk tuhan yang hidup walang
Mencari
Menjejaki sesuatu bergelar bahagia

Berjanji tiada luka lagi
Berjanji tiada parah lagi
Berjanji tiada sebarang fahaman songsang

Tentang hati
Tentang masa
Tentang segala melibatkan dia dan aku

Kami kini asing
Tiada apa apa
Senyum terlalu hambar
Malah kami sudah lupa apa itu senyum dan ketawa

Kasihan pada kami tuhan
Jadi mohon kami
Persetankan perasaan malang
Perasaan walang gundah berterabur
Berserabut

Bagi kami peluang kesekian kalinya
Rasa bahagia
Rasa tenang
Rasa senyum dan ketawa dengan ikhlasnya

Biar kami tiada lagi kami
Biar kami tiada lagi antara satu sama lain

Lainnya kami pasti
Mahu rasa indah seperti dulu
Biar
Biar
Bukan bersama
Tapi indah itu setia menemani
Hingga mati
Hingga nafas terakhir..

Doa aku
Doa dia
Doa pada semua
Tuhan beri kami indah itu

---

Saturday, November 1, 2014

october

Ia berlalu suram
Tangisi sesuatu yang tak terduga apa
Apa dan apa
Entah dimana apa yang ada

October berlalu
Seperti selalu ia suram

-- dan aku kini terjaga