Friday, August 24, 2012

Salam Lebaran 1433H

Aku takkan jadi seperti mereka
Aku hanya mahu tersenyum melihat badut badut kekwat membuka cerita
berteriak tawa sepanjang perjumpaan
dengan cerita menaikkan diri sendiri dan menjatuhkan manusia lain

indahnya hati mereka bila dapat membuat yang lain menangis merana
hingga ada luka dalaman dan luaran

melibatkan yang hidup dan yang mati
terjatuh hingga jauh
kasihan pada mangsa
kasihan jerit hatiku
hanya dalam hatiku

Salam Lebaran wahai pemangsa
tak mengapa
tahun depan kau datang lagi untuk hulurkan maaf bukan??

Thursday, August 16, 2012

Bohong

jika bercakap benar itu menyakitkan semua pihak jadi dimana letaknya hati manusia kini.
jika melihat yang Satu itu kepayahan jadi dimana jiwa manusia yang nyatanya hamba?

jika ini adalah laluan kau dimana laluan aku
jika ini cerita yang pahit dimana yang indah dan bahagia
jika ini dan dimana
jika ini dan dimana
jika ini dan mengapa?

perhati sekeliling manusia yang bernama aku
lihat dan pandang dengan teliti
manusia bukan menyendiri
mereka memerlukan satu sama lain
sakit
sakit
dan menyakitkan

aku berdoa semua jangan jadi pelik dan hitam
aku berdoa
aku berdoa

tapi mengapa masih ada bohong?

Tuesday, August 14, 2012

Pagi

mendung seperti yang kau lihat
tiada kabus
tiada jerebu
tiada apa yang menutup sendi rasa
transperansi membening mata

dicubit kata untuk mengungkap
yang ada cuma air mata
menjerit amarah apabila tiada yang diluah
terperuk lagi mendalam jauh ke benak persoalan
palitkan aku secebis kekuatanmu wahai pendeta
bentangkan aku seluas lautan sabar
menanti pencarian ini berakhir!

Monday, August 13, 2012

Berhenti Berdiri Disitu

(Ilham dari Tajuk Lagu Avril - Stop Standing There)
Ubahsuai ikut rasa aku.

...

Error occured
Redialing in 108 seconds...

Perang mana tak dasyat
hingga tak tumpah darah
hingga kering air mata
hingga hilang aggota segala
hilang titik demi titik nilai manusia

Hati mana tak punah
ada detik manis
ada detik hiba
ada detik kau dan aku kecewa hingga merana

kau tanya apa ada dalam hatiku
aku jawab ia kosong
"bukan tajuk lagu Najwa Latif"

aku tanya ada lagi maaf buat aku
kau jawab tiada maaf bagiku
"bukan ayat jiwang yang sadis"

Mata kau kecah dengan mutiara tak berbayar
aku kaku paku lalu kelu
derhaka lagikah aku
ah!persetan segala yang hiba aku penat menangisi
jadi kali ini aku mengalah

berhentilah berdiri disitu
aku tahu kau melihat aku kembali padamu
kembali pada jalan yang kau rangka untuk seumur hidupku
kau ubah satu satu ikut telunjukmu
kadang aku jatuh tersungkur
kau kata salah aku
aku yang tiada usaha
kau kata aku pemusnah jiwa manusia
sekelilingku kalut dan kabut
ia adalah malang aku

Dia yang satu tak begitu jadi mengapa kau begini
mengapa dan mengapa
persoalan aku tiada henti
setengah dekad bersama
aku kian lelah
satu satu satu darah ku dan darah mu hilang ditanah tercinta

maka aku rayu
berhenti berdiri disitu
hentikan segala prejudis drama realiti yang kuno
aku keletihan...

...

jadi jangan buat aku memilih untuk hilang selamanya
selama-lamanya



Wednesday, August 8, 2012

Jerangkap Hati

Berlalu satu plot pemusnah dalam diri
ada subplot yang terbit dengan sewenangnya
membina cerita yang hanya diri memahami
maki caci kesat tangis jadi inti
kau marah kau gila
kau hilang kau mati
kau alpa kau sengsara
subplot menarik dendam sampai esok
mencanang hitam dalam siulan onar bahasa

Terbit lagi cerita pemusnah
mengadu domba antara jiwa
manusia yang alah dengan terkejut minda
sentiasa mahukan cinta
tanpa sedar hilang dalam gelap rasa ingin tahu
berdentum lagi persoalan
memulang cebis hancur hati
bergelombang lagi amarah
seantero daerah makin gelap
berkabung!

mohon mega hitam itu berlalu
mohon awan tegar permintaan ini
mohon siapa saja hilangkan aku
mohon aku mohon kamu mohon semuanya
mohon beri satu lapis rasa lagi pada aku untuk rasa indah
mohon aku
mohon sungguh!

bila rasa tiada rasa
bila tangis tiada air mata
bila amarah tinggal sesal
bila aku tinggal kejung jasad
...terperangkap...

Paranormal

Apa kaitnya malam dan bintang?
Jika ditanya pada hati.

Apa kaitnya nafsu dan hati?
Jika ditanya pada iman yang secangkir cuma.

Jawapan mendap dalam kelibut persoalan
Hidup indah bak angin songsang memecah sunyi dalam diam
Meninggal tepu nada bengkok yang kelam
Tak sia dibuang tak nyesal disimpan
Lalu punya siapa lagi persoalan

Apa kaitnya darah aku dan kamu?
Jika ditanya pada yang menjadiku.

Apa kaitnya terma persengketaan antara jiwa?
Jika ditanya pada semua yang ada dalam hubungan nyata tak terbela
Hanyut dan hanyir berlalu perlahan
mendiam kelu kata
meresah hilang segala

mati lagi aku!