Friday, October 31, 2014

description

Dia kata tiada apa
Tiada apa
Tiada kata
Tiada sebarang rasa
Untuk ungkap siapa aku
Kenapa aku
Mengapa aku

Adakah aku terlalu alien dimata kamu wahai lelaki bernama 'ami'?

Kali ini aku tak mahu mati
Tak mahu tinggal apa apa
Bangkit wahai hati muda
Jangan serah diri pada takdir
Hidup kamu lagi berharga dr segalanya

Saturday, October 25, 2014

matikan rasa ini

Semalam dia ketawa
Intim rasanya
Berkongsi segala rahsia
Satu persatu dalam jiwanya

Kemudian segala berubah
Hanya satu pusingan detik
Malam jadi siang
Dia jadi asing

Asing seperti mana dalam mimpi
Diam dan berpusing menghala jalan lain
-----

Dah hilang segala harapan
Harapan yang tak pernah ada sebenarnya
-----

Aku kata henti
Henti sebelum aku menangisi
... sesuatu yang kau nyata
hanya simpati bukan kasihi

Monday, October 13, 2014

kusut hati

Kau ada disisi
Tapi aku hanya rasa kosong
Sepi
Tiada bertanda

---

Kau turuti setiap kataku
Pintaku
Inginku

Kau dengar dan mendengar
Teman dan senantiasa menanti
Tapi ia tiada rasa bukan.

Kerna tiap langkah itu
Yang menemani kamu adalah memori dia
Cerita dia
Hidup dia
Keinginan dia
Kegemaran dia
Segalanya dia

Jadi dimana aku
Mana peluang yang dipinta aku
Tanpa duga
Tanpa sedar

Kau jua kejam
Wahai si kusut hati!

Thursday, October 9, 2014

finally apart.

dan tiba tiba
Semua kosong
Tak berbunyi dan berdenting
Hanya sayup rintik hujan berbaur tangis

Menangiskah langit
Lihat aku terkedu sayu
Dek dibuang manusia bernama kamu
dan aku cuba untuk menghilangkan diri
Membiar semua pergi selamanya

Terima kasih daun keladi
Andai ada ruang hati ini dilukai
Pasti kita bertemu lagi
Bertemu bukan sekadar menyakiti
Malah memastikan tiada lagi rasa bahagia
Mengulit semua rasa untuk berlalu
Mengotakan janji berpisah hingga mati

Siapa aku pada kamu
Manusia celaru yang tiada bernama
Berhati kayu tiada nilai dimata
Puisi ini terlalu walang
Kata kata terlalu tragis dan sadis

Bagi aku henti segera
Supaya gila ku tak melata

Wednesday, October 8, 2014

sawan soalan

apa kata kalau kita tukar hidup barang seminit
supaya aku dapat semua jawapan
mungkin
jawapan tentang mengapa dan apa..

berapa kali aku cuba gali dan gali tentang rasa dan jiwa
ah! berapa kali aku cuba untuk memahami
semua yang ada depan mata tentang kamu

bila menyendiri dan melarikan diri dari aku
pejam mata ini
dan semuanya diharap berlalu
tanpa perlu toleh lagi

aku berjaya hapus kamu dari depan pandangan
tapi diigauan mimpi
kau tetap hadir menggila
nyah dari segalanya kalau benar kamu tak mahu aku
ah! bodoh
kamu memang tak mahu
bukan takat sejilid cerita
malah sehelai muka cerita sahaja pun kamu tak mahu

persetankan segala
jiwa kacau dek kusut sementara
kau diam
kau hilang
memang itu yang kau mahu

jadi doa kita sama sama hilang
buat selamanya

sincerely

Biarpun berkeladak awan petang ini
Aku masih mengharap ada sikit titis hujan buat semua kelam pergi
Aku harap ada titik derap tapak hadir kamu di sisi

Kelam dan jauh
Itu definisi hidup aku kala ini
Penantian yang tiada makna dan kesan dalan diri

Mungkin ya
Mungkin tidak...

Melihat dari jauh pasangan tua
Dibawah kelam senja
Terbit rasa kagum
Bila aku mahu seperti itu
Atau lebih kata bila kamu dan aku seperti itu?

Maaf ia hanya soalan
Jangan risau
Aku cuma harap satu sahaja

Bila tiba..
masa senyuman kamu ikhlas pada aku..
ikhlas seperti kamu memandang dia
Ikhlas seperti kamu menunggu saat untuk bersama aku
Ikhlas seperti kamu menerima aku seadanya...

Bila...
Bila ?

Tuesday, October 7, 2014

huruf kelu

jangan taip apa yang kau tak mahu siapa tahu
jangan taip apa yang aku mahu kala ia membingungkan segala
himpit rasa dan hilang sebentar

cari lagi dan lagi

gali lagi dan lagi
hilang dan henti
semua terburai sepi

maka tamatlah nanti
sebuah cari gali rasa
yang sememangnya tiada lagi disisi

senandung cinta rahsia

apa yang ada didalam hatimu
itu satu rahsia buat aku mahu kamu

apa yang ada didalam hatimu
samaada ia tentang aku mahupun kamu
itu juga satu rahsia buat kita

kita mula berahsia
menjaga rahsia
dan berusaha untuk menyimpan sebuah rahsia

demi siapa
demi kita atau siapa

aku tahu walau dirodok bilah pada nyawa
rahsia itu selamat
hingga hujung hayat

senandung cinta yang tersemat abadi
untuk kamu pada dia bukan aku
tersemat baik baik hingga titik akhir rahsia

rahsia yang sangat kunanti penghujungnya
kemenangan yang tiada nilai buat aku
tapi segunung kejayaan buat kamu

namun aku masih menilai
bila tiba saat itu
masihkah kita mampu lagi

menyimpan rahsia seperti ini?

Saturday, October 4, 2014

yang terakhir

mencuba untuk menyusun tiap silangkata

Ada petunjuk namun masih kabur
Petunjuk tak nyata mana benar mana buruk
Memandang lelah pun aku tak mampu
Apatah menanggung beban seribu
Bertanya hanya bertanya
Tak mungkin kesudahan sama seperti dia
Dia atau mereka
Atau kita juga terpalit rasa...

Akhir jalan ini kelam dari titik mula
Samaada masih bersimpang atau henti berpenghujung, ia tetap rahsia

Rahsia seperti biasa
Tiada kesudahan...