Showing posts with label alam. Show all posts
Showing posts with label alam. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Abadi


Berkata selagi boleh mendengar

Berlari selagi boleh mengejar

Bercinta selagi punya hati

Mengapa ditanya hati kalau kau sendiri menggila

Cinta itu ditiup bersama roh

Kedalam jasad yang pelbagai

Hidup atas bumi untuk tunggu ia jadi kenyataan

Tunggu hingga berjanggut namun tak pasti

Mana mungkin pasti kalau cinta kau yang mati

Tiada ganti dan tiada simpati

Tinggalkan segala noda

Maka cinta kembali

Cinta agung yang tiada pemilik

Hanya rasa yang abadi

Setia tiada banding

Tenang dalam bahagia

Belaian jiwa paling indah!

10:30pm Sunday, 3 July, 2011

Saturday, April 2, 2011

Tiga Jendela Kuning

Tiga jendela kuning

bukan baru tapi berusia

namun tiada warna luntur disana

Tiga jendela kuning

bagai menyata satu cerita

tiga kali ubah gaya bahasa

tentang dahulu, kini dan masa depan

Tiga jendela kuning

bagai kata tentang fakta

satu laluan hidup berjeda irama

bukan mainan satu atau dua jiwa

Tiga jendela kuning

beri aku satu laluan

ada lapis hidup setiap rasa

ada fasa hidup setiap nyawa

bukan hanya untuk aku tapi semua

Tiga jendela kuning

bukan baru tapi lama

bukan musnah tapi terbela

masih 'senyum' walau tak bernyawa

Sunday, November 28, 2010

Warisan Propaganda

Adik, kau lihatlah
semalam mereka merobohkan jeriji besi kuno itu
kata mereka ia merugikan
tanah lapang berhak punya konkrit batu berharga

Adik, kau lihatlah
semalam ada juga tanah direbutrebut
geran dilayanglayang
wang disogoksogok

Adik, kau lihatlah
esok pula tangga batu itu mahu dirampas
dimusnah dilupus
ayah akan menangis
ibu akan meratap

Adik, kau lihatlah
inilah warisan propaganda
entah bila masa tamat
aku harap kau dapat lihat
inti sebenar mereka
jangan terkabur dengan janji kata
jangan teralit dengan selera manusia kita

Adik, kau lihatlah!
jangan lena lagi!

nota: sajak ini kau karang selepas kata pd bro pyan: aku tak pandai menulis. haha!
maaf, aku tak ada kekuatan nak pos kerana aku takut! maaf!

Selera Hati Manusia

Makan ulam petai
cicah sambal belacan
makan ikan bakar
cicah air asam

tapi mana sama
hirup sup cendawan tin
dengan roti bawang putih
ratah daging panggang
dengan sos lada hitam

mungkin sebab itu
selera kena tukar
biar semua boleh bergaduh
dengan sudu garfu
dengan lif, eskalator
dengan 'parking lot', 'guard house'

oh! berseleranya semua
mengikut arus perdana katanya
jangan selalu biasa
kena juga luar biasa
sampai hilang yang terbiasa
dengan apa yang mahu dibiasakan

oh! itu semua selera hati manusia...

nota: sajak ini di'reject'panel kampung yg bakal dipupuskan'
haha! mana mungkin diterima, aku bukan bijak pandai taip kata :)