Sunday, November 28, 2010

Warisan Propaganda

Adik, kau lihatlah
semalam mereka merobohkan jeriji besi kuno itu
kata mereka ia merugikan
tanah lapang berhak punya konkrit batu berharga

Adik, kau lihatlah
semalam ada juga tanah direbutrebut
geran dilayanglayang
wang disogoksogok

Adik, kau lihatlah
esok pula tangga batu itu mahu dirampas
dimusnah dilupus
ayah akan menangis
ibu akan meratap

Adik, kau lihatlah
inilah warisan propaganda
entah bila masa tamat
aku harap kau dapat lihat
inti sebenar mereka
jangan terkabur dengan janji kata
jangan teralit dengan selera manusia kita

Adik, kau lihatlah!
jangan lena lagi!

nota: sajak ini kau karang selepas kata pd bro pyan: aku tak pandai menulis. haha!
maaf, aku tak ada kekuatan nak pos kerana aku takut! maaf!

No comments:

Post a Comment