Monday, March 30, 2015

5.00am

Aku tak tahu
Sampai bila harus aku simpan cerita gelap
Menipu dan tertipu

Bahagia aku dirampas
Jiwa aku dinoda
Rakus oleh mereka

Kejam aku atau kejam mereka

Aku tak ada jawapan wahai kawan

Hembus nafas perlahan lahan
Saat yang tertinggal sepi ini adalah saat mati aku

Fenomena hilang memori
Tak upaya telan masa dan catit segala


Ah
Jangan ketawa akan aku wahai kawan
Kerna aku bakal lupa bukan saja dia mereka atau kamu

Tapi juga aku
Maaf
Sakit ini memakan aku

Tuesday, March 10, 2015

00.00am Tuesday

'bagai antara neraka dan syurga'
'aku diberi pilihan antara kamu dan aku'
'mampukah aku memilih yang terbaik?'
'tanpa melukakan aku dan aku tanpa kamu?'

hati ini tiba tiba
jadi lapang
lain katanya
lubang hitam ada bahagian kambus
timbul daging memenuh jiwa

ya
luka itu diubati
tak kejap
tak utuh
ia masih rapuh

jangan dilontar kuat rasa apa apa
jangan

ah apa ini?

ketenangan dalam memilih yang menjerut leher
bakal jerut
kalau hati tak mahu terima kali ini

ish
jangan
lihat sana
dia tiada apa
terus hadap hidup
malah bahagia dengan doa termakbul satu satu

Tuhan kasih dia
kasih dia besar pemeluk alam

jadi kamu
bikin Tuhan peluk kamu juga
perlu begitu sepatutnya juga?

ambik satu perkataan
pegang
esok ingat jangan lepas ia selagi lihat dia bahagia
lepas hanya bila dia derita

oh lupa

apa perkataan kamu pilih?
berantai?

apa dia?

Aku, Wan Azuraina cintakan ...
namun ...tak cintakan aku.

jangan risau aku masih senyum selamanya.
akan aku tampal ia didinding biar jatuh mereput dan hilang seperti rasa ini ku harap ia bakal hilang juga.

Assalamualaikum.

Sunday, March 1, 2015

tautan

Faham makna ini?
Bukan terlihat apa
Bukan terletak apa
Cuma yang terlihat hatinya
akan dapat melihat apa

Dia berdiri tegak
Tak berganjak
Hati yang mereka nampak kini hilang

Dia juga sedang mencari
Cari dan cari

Kuis satu satu
Ah
Rupanya dia dan dia hanya berdiri tegak
Bisu

Kira satu satu jalan lepas
Biar ia lepas
Tiada apa tinggal

Selamat semuanya

pulang

Dia
Termenung

Azan sayup
Telus masuk dalam hati
Berbaur suara apa
Jerit pekik itu tak kesan apa

Telus
Hingga akhir
Hati
Terperosok
Memekat memendam rasa
Apa ini?

Ada suara kata bisik bisik bisik
Jika mahu ke jalan itu
Semua kena mula dari hati
Hati

Hati
Hati

Mana hati dia?
Mana?
Hilang ya?
Jadi pulang segera

Dia perlukannya segera
Dah setahun lebih ia hilang
Tersangkut dipinggirkan
Jadi lihat jalan pulang
Mereka perlu bersatu
Jika jalan itu yang dia pilih

Segera
Jika ada yang terlihat hatinya
Beritahu hatinya
"Azuraina menanti kamu pulang..."

Dan bila ia pulang
Jangan sesekali hilang lagi!