Showing posts with label sarkas. Show all posts
Showing posts with label sarkas. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

degree keterujaan

Engkau
apa rasa engkau?
Bila aku kongsikan pelbagai cerita.

Engkau
Apa rasa engkau ?
Bila degree keterujaan aku berpuluh ganda
Tapi apa rasa engkau?

Jangan ditanya kenapa aku
Selalu menarik muka
Tarik tarik tegang urat saraf muka
Tunjuk protes
Provokasi pelbagai faktor
Jurus tekanan melampau

Apa rasa engkau?

Oh aku simpulkan satu

Aku bukan dia
Gadis yang penuh dengan degree keterujaanmu

Jangan sakit hati bila membaca
Kerna aku dah lama tahan sakitnya

Monday, October 13, 2014

kusut hati

Kau ada disisi
Tapi aku hanya rasa kosong
Sepi
Tiada bertanda

---

Kau turuti setiap kataku
Pintaku
Inginku

Kau dengar dan mendengar
Teman dan senantiasa menanti
Tapi ia tiada rasa bukan.

Kerna tiap langkah itu
Yang menemani kamu adalah memori dia
Cerita dia
Hidup dia
Keinginan dia
Kegemaran dia
Segalanya dia

Jadi dimana aku
Mana peluang yang dipinta aku
Tanpa duga
Tanpa sedar

Kau jua kejam
Wahai si kusut hati!

Wednesday, August 27, 2014

lilitan Pertuan nista

Dia atau dia
Soalan mereka hampir sama

Siapa dan siapa
Tiada penghujungnya
Melukut rasa didalam hati
Harap ia jadi jadi dan jadi
Jangan ada belati dalam hati
Parah terluka tidak terperi
Menitis tangis darah
Langsung mati

Jawapan mereka jua hampir sama

Apa apa dan ada
Ia hampir dekat tali perut
Isi dan isi hingga penuh
Tak endah apa dan apa
Janji ada janji rasa
Bahagia dalam tanah tahi dan apa saja
Janji dan janji bahagia selamanya
Kononnya

Jadi aku sediakan
Satu manuskrip
Tak berapa indah tapi bernyawa
Gadai janji dan gadai diri
Manuskrip itu ada lagi
Apa saja dia cakap
Apa saja dia keluh
Tertulis oleh rapi si penjaganya

Hentam salah
Hentam betul
Ini lilitan, Pertuan nista

Sunday, October 20, 2013

F-Y! TIDAK INDAH

tak mudah untuk biarkan mereka senyum puas dengan apa yang berlaku dalam seharian
ah! panjang juga ulasan dalam pertimbangan

tak begitu indah nukilan kali ini
sangat pelik bila ia tidak indah dan membicarakan tentang manusia

pandang pandang aku macam aku buat salah
cakap cakap ikut suka macam aku tak dengar
lihat lihat macam aku penjenayah
bisik bisik macam aku pekak dan buta dan daif dan naif

bahasa mu tidak indah
jadi aku kata kamu juga tidak indah
sangat tidak indah
aku tak suka bila tiada yang indah


Thursday, June 20, 2013

indah

suara kau
ya.
kawan lama.

kau kenal aku
dulu
keluarga aku
dulu

sekarang
aku bukan aku lagi

ya kawan lama
gelak gelak
ketawa

kawan lama
kenangan
'indah'

Tuesday, October 2, 2012

Platinum atau Titanium

Berapa inci lagi perlu ku ukur bidang jasa mereka andai hari ini aku terlelap hingga esok harinya
Jangan sepi seperti semalam lagi
aku akan kelu selamanya

Wahai satu suara
diam aku bukan bermakna aku kalah
kecewa aku bukan bermakna aku hilang dalam jaga
faham erti kata sebenar dan ukir satu soalan kemudian pahatkan jawapannya

cemburukah mereka bila tatap mata tulus lagi dungu dalam hidup
dimana mereka hingga terlara selera indah mimpi laila....

sumbang perdengaran bukan letakkan aku dalam yang tercela
salah aku memilih kata pujangga yang terangnya entah dimana
jadi diam dan hilang
utuh dan kukuh tegak dirinya
hingga esok hari
ya hingga esok hari sahaja
ingat aku
ingat aku yang akan membuatkan jatuh hingga terdera seluruh jiwa...




... jadi kita lihat siapa Platinum atau Titanium?

Thursday, September 13, 2012

Bodoh!

Dalam pekat dingin rasa emosi manusia
ada sikit rasa yang perlu ada.

Malu!

melalak bagai "anjing kosong" yang bangang jelas tunjuk kau kosong dari sebarang kemanusiaan
jangan fikir kau gaduh kalau ada yang merah bara hati bila melidi rasa diri
kusut kau sebagai manudia bukan salah mereka yang memandang
jelas kau tunduk pada kemanusiaan kau yang cetek rasional!

tak perlu kata bangsa siapa
mereka aku juga kamu
kalau kau bisu
apa aku mahu tutur
andai kamu pekak apa aku mahu dengar

sebalik itu yang berlaku kalau dua-duannya dungu!
jadi diam jangan menongkat langit yang kian menipis diatas aku


nota: kecelaruan bahasa ini bila segala jenis bahasa ada dalam kepala

Wednesday, September 12, 2012

Khurafat

mahu dicarik lagi kata yang bongkak andai kau senyum pun tak mampu
ingin kau jauhkan segala yang menipu dengan harapan manusia lain tertipu?

persetankan lah kau wahai manusia yang bersimpang segala musibat dan muslihat
bunuh mereka
bunuh mereka yang aku tak mahu jumpa dan faham

bunuh mereka
walau emosi tiada dilibatkan dalam jiwa ini
perkara dan situasi yang membunuh aku dengan harapan kau terbunuh sama

bunuh mereka
bunuh!

Friday, August 24, 2012

Salam Lebaran 1433H

Aku takkan jadi seperti mereka
Aku hanya mahu tersenyum melihat badut badut kekwat membuka cerita
berteriak tawa sepanjang perjumpaan
dengan cerita menaikkan diri sendiri dan menjatuhkan manusia lain

indahnya hati mereka bila dapat membuat yang lain menangis merana
hingga ada luka dalaman dan luaran

melibatkan yang hidup dan yang mati
terjatuh hingga jauh
kasihan pada mangsa
kasihan jerit hatiku
hanya dalam hatiku

Salam Lebaran wahai pemangsa
tak mengapa
tahun depan kau datang lagi untuk hulurkan maaf bukan??

Thursday, March 1, 2012

Trash Bin

Berpusu pusu kata yang keluar dari mulutmu
mana satu benar mana satu tragik drama?
segala benda kau mahu luah
mau gapai
yang dibawah bakal hanyut lalu karam
yang kau nampak mereka teguh berdiri
terikat dengan tali 'puppet'
yang bagai ABADI?

Kau lupa bila kau berkata ada yang memendam
cerna apa makna kata segala
ada kau sedar cerita ini bagai tak habis dari semalam dan seterusnya esok
jangan kau hujankan rasa diktator pada khalayak yang sebenarnya tahu kau adalah -tiadasesiapa-

Nothing to be consider so I'll put you into trash bin and will empty it later!

Mimpi

Mimpi
ya aku mahu bercerita tentang mimpi
apa indah mimpi yang aku ada
apa ngeri mimpi yang kamu ada
seolah terkedu menanti realiti
rasa takut hilang kebahagiaan
abadi?
atau sementara?
yang mana satu ku ingin ia ada disini

mimpi
yan cerita hari ini tentang mimpi
bukan kisah yang digarap sesiapa
tapi tentang mimpi
tentang kisah yang hadir tanpa sesiapa minta atau harap ia terjadi
ia hanya mimpi yang turut melibatkan pelbagai jenis manusia yang sedang wujud dalam hidupku...


...to be continue...

Thursday, January 19, 2012

Heaven

Dari sisi hujung tangga kusam
ku duduk menunggumu
ditanganku ada satu harapan untuk malam ini
dibahuku ada satu impian untuk malam ini
Dari sisi hujung tangga kusam
ku duduk menanti kata darimu
dibibirkan ada puluhan kata cinta mahu diucapkan
dimataku ada jutaan riak goda sayang mahu disampaikan

hanya untukmu
rasa bahagia yang paling indah dalam mimpi

dari sisi hujung tangga kusam
aku masih menanti

Tuesday, January 3, 2012

Pengakhiran

Sekian kali kau bermadah tentang memilih dan dipilih
kau suka memilih
gampangnya hidup ini
membuat keputusan sesuatu yang bangang

Sekian kali kau senyum dan meludah tentang penyesalan disingkirkan
kau suka dipilih
itu bukan benar
semuanya sesat dan memesong dari jalan sahih

buang sajalah semua kekesalan dan ini akhiran sebuah pemilihan
kau mahu jatuh kembali
kalau tidak mau
maka jauhkan segalanya
segalanya
segalanya
segalanya


bunuh mati
segalanya

"...bodoh!" laung hati lagi


Friday, September 23, 2011

Beri aku segalanya!


Aku disini menanti dan memahami
Aku disini menunggu dan menghadami kata
Aku disini membuang detik waktu dan menyusur jalan lalumu

Apa erti ini tidak sama erti lagi dengan lakumu?
Atau kau punya kata lain yang dapat menhuraikan patah lakuku?

Cinta dan benci itu rasa
Kasih dan setia juga rasa

Tiada yang tidak punya rasa walau mereka buta
Jadi siapa yang tidak punya erti seperti kamu?

Fikirkan dan berikan aku segala jawapannya kali ini!

10:49pm, Monday, 22 August, 2011

Saturday, August 13, 2011

Firasat

ada janji yang tak dikota
ada percaya yang menipis
ada fakta yang bercanggah
ada kata yang bersilang nyawa
ada pengaruh yang mengeji
ada senyuman yang bercerai dari realiti
ada aku yang pasti tiada kau

segunung harapan hancur
selangit kebahagian runtuh
seluas air mata bah
sekeping hati retak
seutuh pasangan gugur!

lihat dan fahami dengan akal segudang alam dan pastikan ini bukan mimpi yang kau kejar dalam realiti maya mencari kepuasan hati dan nafsu semata!

Saturday, August 6, 2011

Adakah kau sanggup?

Kau menafikan jalan aku yang hanya sendiri
Sendiri bukan bermakna aku tiada sesiapa
Sendiri yang hanya bersamaan aku kekurangan huluran sapaan
Sendiri yang hanya bersamaan hidupku penuh dengan kegusaran?
Sendiri yang jika akhir cerita aku sentiasa sedar aku tiada jumpa jawapan

Kau menidakkan fakta nyata perasaan
Perasaan titik benar persimpangan
Perasaan tentang apa jadi apa perlu
Perasaan tentang kekecewaan penindasan jiwa
Perasaan perasaan perasaan yang sebenarnya tidak punya sebarang pesanan

Aku sanggup jadi begini?
Aku sanggup memilih ini?
Aku sanggup memutar soalan ini?

Yang akhir kau menang dan merdeka
Sedangkan cerita tamat hanya sebelum itu?

Satu jeritan kecewa maka boleh jadi jeritan bahagia?
Hebatkah kau untuk menormalkan satu sisi rusuk yang tiada empunya
Atau boleh dikata hilang tuannya?

Adakah kau sanggup?

10:24pm, Saturday, 6 August, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Cinta Tiga Langit

Bumi ditengah atas bawahnya berlapis
Aku ditengah kiri dan kanan mengapit

Kau kata cinta itu selamanya
Tapi kau ulit dengan berjuta penafiannya
Gubahan bahasa yang tak pernah sama
Mahu aku fahami yang kau cinta tapi kau tiada daya
Aku telan kisah terlarang
Aku ulas jadi yang tersusun seindah karangan

Bumi ditengah bukan selalu biru langitnya
Aku ditengah bukan selalu cerah harinya

Kau kata aku ada buat kau bahagia
Tapi kau hitung segala hari bila aku ada
Kau tak endah andai aku tiada
Bila jatuh kau meraung sakit
Tak mahu pertahan aku yang satu mereka yang bertiga
Dan aku bangunkan kau seperti megharap ini yang terakhir
Tapi akhir aku yang tiada tanda

Bumi ditengah punya banyak nyawa
Aku ditengah punya satu jiwa

Menghitung segala tangis
Bagai ini yang kesepuluh juta kali
Aku keringkan keringat dan memori
Biar reput dibawa angin tawa senada
Putus nyawa putus pegangan
Putus jiwa putus segala

Dan aku berlalu ditengah bumi
yang atas dan bawahnya berlapis langit dan tanah
menelan jasad dan maya hari hariku!

07:11pm, Wednesday, 3 Aug, 11

Saturday, July 23, 2011

So What WHAT that you want?

mana lebih baik dalam hidup

mencuri atau dicuri?

mana lebih baik dalam hidup

mencari atau dicari?

penghabisannya semua ada tanda tanya yang tiada putus

persoalan dan jawapan

mana lebih baik?

suka dan duka

mana lebih baik?

indah dan jelek

mana lebih baik?

tipu atau ditipu

mana yang ditakuti?

semua soalan

tapi ia kenyataan

kesakitan dan kepayahan

mana lagi bagus untuk dihadam

dalam perut bumi yang tujuh kaki dalam tertanam

diam dan pekak

senyum juga akhirnya pilihan

memilih atau dipilih

lebih baik tiada yang dijadikan pilihan

01:52pm, Saturday, July 23, 2011

Wednesday, July 20, 2011

Pandang Aku Juga SAMA

Dulu
Kau pernah ucap kata yang aku biasa dengar
Kau biasa luah kata yang aku tak kisah untuk dengar
Kerana aku tiada endah untuk menidakkan apa yang ada

Semasa
Kau juga biasa ucap kata yang buat aku diam
Kau juga tahu apa yang ada dibenakku lalu kau bunuh satu persatu
Hingga aku terus kelu membenarkan yang tiada

Kini
Kau masih sama meletakkan aku dibawah lampu sorot yang tiada cahaya
Kau masih setia bersama ayat pembunuh jiwa tanpa ngerti aku biasa jatuh dan bangun sendiri juga kala ini
Kau masih katakan aku terlalu negatif kala fikir paksi adil itu bercerita dengan bayang-bayang kau saja
Kau masih ada warna untuk puaskan aku pelbagai alas an yang aku salah kau benar

Lalu kala ini, aku mohon pandang aku juga seadanya manusia yang lahir dari rahim yang sama dan mampu juga berkeputusan untuk berlalu sepi. Titik!


10:19pm, Wednesday, 20 July, 2011