Monday, November 29, 2010

jangan percaya aku

aku hanya badut
ketawa menggila demi kamu
lalu kamu ketawa
tapi
jangan percaya aku

aku hanya boneka kayu
ikut kata kamu
lalu diarah dikerah
tapi
jangan percaya aku

aku hanya jalang
ditelanjang maruah
dijajah pemikiran
tapi
jangan percaya aku

aku hanya aku
jadi jangan percaya aku

kalau aku kata
aku CINTA kamu!
bukan GILA kamu!


method of destruction

love you
miss you
text-ing you
calling you
chatting with you

repeatedly say

I LOVE YOU!

till you keep on rejecting


Sunday, November 28, 2010

dia itu emak!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

23 kelip mata
tak seterang kerlipan bintang dilangit
Terang lagi pandangan mu pada aku

biar 23 ratus kali kelip mata
aku menangis
mutiara jatuh seusia
tapi aku redha ia untuk kamu
agar kamu bahagia tawa

biar 23 ribu kali kelip mata
aku jatuh dan bangun
aku mahu ia demi kamu
melihat kamu senang diusia tua
sedangkan aku tercedera lara

biar 23 juta kali kelip mata
nafas aku dihembus
nyawa itu aku sanggup beri pada kamu
agar nadi kamu terus ada untuk aku
selamanya

biar 23 ratus juta kali kelip mata
aku berdoa
kamu selamat dan diberkati yang kuasa
agar kamu terus disisi aku
dalam tawa jua derita!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

kita manusia biasa darah merah warna
kita wanita yang ada rasa ada cinta
kita kawan yang berkongsi segalanya
kita musuh yang bertelingkah segalanya
kita kekasih sedarah sedaging

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Terima kasih untuk segalanya
Minta maaf untuk segalanya

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

fact

kusangka kau kukagumi
rupanya

kau kucintai

refleks

akal berhenti memikir
nadi berhenti nafas
mutiara semakin berderai
sendu makin bercelaru
badan semakin mengigil
degupan semakin laju

bodoh!
aku cinta kau!

telepati

ini bukan pertama kali
ini bukan kedua kali
ini melebihi ketiga kali

kau datang dalam mimpi
bagi senyuman harapan
musnah realitiku

kau datang berturutturut
ikut suka mahumu
lupus tarian hariku

tapi kata hati
itu bukan niatmu
itu bukan pintamu

kerana kita ada
telepati
rasa hati bila kau diselubungi walang
rasa resah bila kau dilanda musibah
rasa kalut bila kau

demam?

3:00am

kelmarin
kau senyum dari jauh
berdiri teguh tersenyum
aku disini
membalas senyum

terjaga di 3:00am

semalam
kau melambai di hadapanku
menghulur tangan
aku disini
menyambut erat

terjaga di 3:00am

hari ini
kau memeluk tubuhku erat
menciumi bahuku tulus
aku dipelukanmu
bahagia

terjaga di 3:00am

argh!

puisi cinta terpendek

ini bukan musim bunga
ini bukan musim gugur
ini bukan musim dingin
atau
ini bukan musim panas

ini hanya musim cinta
cinta aku pada kamu

dan aku ingin menulis
satu puisi cinta paling pendek

"suka!"

deria

pelik
tertariknya aku pada dia
sama
tertariknya aku pada menulis

selesa
rasa bahagia
tak ingin menjauh
ingin memeluk erat

senyum
rasa indah
biar jatuh sakit
ingin biar selamanya

Warisan Propaganda

Adik, kau lihatlah
semalam mereka merobohkan jeriji besi kuno itu
kata mereka ia merugikan
tanah lapang berhak punya konkrit batu berharga

Adik, kau lihatlah
semalam ada juga tanah direbutrebut
geran dilayanglayang
wang disogoksogok

Adik, kau lihatlah
esok pula tangga batu itu mahu dirampas
dimusnah dilupus
ayah akan menangis
ibu akan meratap

Adik, kau lihatlah
inilah warisan propaganda
entah bila masa tamat
aku harap kau dapat lihat
inti sebenar mereka
jangan terkabur dengan janji kata
jangan teralit dengan selera manusia kita

Adik, kau lihatlah!
jangan lena lagi!

nota: sajak ini kau karang selepas kata pd bro pyan: aku tak pandai menulis. haha!
maaf, aku tak ada kekuatan nak pos kerana aku takut! maaf!

Selera Hati Manusia

Makan ulam petai
cicah sambal belacan
makan ikan bakar
cicah air asam

tapi mana sama
hirup sup cendawan tin
dengan roti bawang putih
ratah daging panggang
dengan sos lada hitam

mungkin sebab itu
selera kena tukar
biar semua boleh bergaduh
dengan sudu garfu
dengan lif, eskalator
dengan 'parking lot', 'guard house'

oh! berseleranya semua
mengikut arus perdana katanya
jangan selalu biasa
kena juga luar biasa
sampai hilang yang terbiasa
dengan apa yang mahu dibiasakan

oh! itu semua selera hati manusia...

nota: sajak ini di'reject'panel kampung yg bakal dipupuskan'
haha! mana mungkin diterima, aku bukan bijak pandai taip kata :)

perbuatan bodoh

mata bersinar
nampak ikon 'online' gmail kamu

hati berdegup laju
nampak 'notification' fb aku
tunggutunggutunggu
aku 'reply'
tunggutunggutunggu
aku 'on chat'
tunggutunggutunggu
aku sapa salam

terus aku kata dalam hati
bodoh punya manusia
apa punya hati tak tahu

sudah orang kata tidak
lagi mahu menjengah

terus aku kata dalam hati
tak siuman punya manusia
apa punyai jiwa tak tahu

sudah orang kata jangan
lagi mahu berangan

bodoh!

tapi

"aku cuma hanya merindui dia..

insan aku cinta"

Tuesday, November 23, 2010

movement

apa penting?

mendapatkan apa diingini
bermimpi disiang malam hari
menari diatas ruang sesak
berjejeran airmata

atau

senyum
dan terus senyum

pada hari minggu bulan tahun purnama
tak tentu masa?

Sunday, November 21, 2010

senyumlah wahai manusia

hoi manusia!
apa lagi mahu kau bikin?
hati kau dah dikunci
kononnya!

hoi manusia!
apa lagi mahu kau fikir?
akal kau dah memilih
pasrahlah!

hoi manusia!
apa lagi?
apa lagi yang kau buat disitu?
menelek
mengintai
hidup manusia sempurna itu?

hoi manusia!
kau nampak?
beribu gaung kau buka
berjuta susur noda kau bakal jengah
kau sedar?

hoi manusia!
baliklah
walau manusia sempurna itu tiada
kau masih ada Dia
baliklah

hoi!
hoi!

senyumlah!
senyumlah wahai manusia!

Friday, November 19, 2010

jadilah seorang ikhlas

jadilah seorang perempuan ikhlas

ikhlas berkongsi
ikhlas memberi
ikhlas merasa
ikhlas belajar
ikhlas berfikir
ikhlas menyayang
ikhlas tersenyum
ikhlas melangkah
ikhlas beramal

yang penting
ikhlas mencinta

kau hidup bukan sebatang kara
solo dimuka bumi pinjaman dia

tiada satu hak milik kau
kekal utuh dalam dakapan

sila pandang pada usaha orang
yang berkongsi
yang memberi
yang merasa
yang belajar
yang berfikir
yang menyayang
yang tersenyum
yang melangkah
yang beramal

paling utama
yang mencinta

antara mereka
walaupun disana tiada

kamu.

Thursday, November 18, 2010

akal bagai disiram

hati kosong
jiwa kosong
kata kosong
mimpi kosong
niat kosong

bila

akal

bagai disiram hujan

tinta reput

ilahi
sudah lali mendengarku merintih

ilahi
acapkali kalimah nama itu disebutku

ilahi
ada cebis kaca tambah cuka dalam jiwa
tapi ia bagai kekal
tak mahu diubah

ilahi
adakah ini yang kau tulis
pada tinta reput qada' aku?

Re: Cerita Cinta Larut Malam

kekasih,
tiap kali matahari membahang
aku harapkan bulan cepat menerpa

kekasih,
tiap kali bulan menjengah
aku harapkan matahari pupus

kerna aku aku tahu
biar matahari atau bulan mengerdip padaku
kau tetap akan pergi

jauh

siapa sangka

kopi itu pahit tapi siapa sangka ia mampu buat si tua tersenyum si muda berkobar

kopi itu pahit tapi siapa sangka ia mampu buat rindu jadi lirih kasih jadi utuh

kopi itu pahit tapi siapa sangka ia mampu buat sebuah kehidupan berganti nadi~

Re: Ceritera Penjual Jigsaw Puzzle

Jika kamu penjual Jigsaw puzzle

mungkin aku kabuki
namun aku kabuki wagato

biar aku lempiaskan kata
yang lebih jujur
asalkan ku puas

biar aku jeritkan
ekspres amarah dalam sendu
raih rindu dalam sayu

kerna biar kujerit
kerna biar kutangis pilu

kau tak kan pernah tahu
itu aku

disebalik topeng kabuki
melihat kau menjual jigsaw puzzle

disusur romantika
ceritera kayanganmu

Re: Cuba Kubunuhmu Pada Malam

........mahu dikata apa lagi

saat
siang dan malamku
dinoda rakus oleh segala bayangmu

zahir dan batinku
terperonyok
disudut gelap ku sendiri

mana ada bintang
masakan juga ada bulan
tiada langsung sekerlip cahaya dalam kendi susur hidupku

dihempap sedarah sedaging
dicicir kesayangan mimpi

lalu aku
terus berharap

agar kau bunuh saja aku
bukan sekadar jiwa
tapi tarian realitiku

agar aku dilahir semula
menjadi bukan aku
bertemu bukan kamu
dihidupkan bukan mereka

ini tulisan kayangan
bukan omongan~

Re: Dan cintaku itu pun ditolak

...dan kini aku pula sepertimu
menari lalu berlari
mengejar layar
ditengah lautan

tanpa sedar aku lemas
tercungap
mencari tangan yang bisa kugapai

tanganmu
yang selalu menghulur
hilang dibalik layar

yang kau kemudi
terus
dan lenyap

aku?
tenggelam
dengan nadi terakhir...

Tuesday, November 16, 2010

melankolik kayangan dalam lautan

layanglayangdikayangan
01:31pm
16 November 2010

orang kata aku masih pejam mata

mana mungkin mata aku buta?
telinga aku tuli
dengan kata dan cerita
menjadi sumbang
dari arah jauh
disebalik awan komulunimbus!

Oh! cahaya itu makin terang!

tak perasankah kau?
bagi aku ia masih kelam?
udaranya termendap dalam ruang

orang kata aku kaku

mana mungkin tubuh aku lumpuh?
tangan kaki kudung
dengan gerak langkah
dan perjalanan yang sumbang
dari arah sini, depan dan belakang

tak lupa beban diatas
lantas terjatuh terduduk
keliling angin memutar
menghimpit pemikiran

oh! nadi ditukar ganti
akal disalur angin
segar bagai pusingan baru
tujuh lautan
tujuh lapis kayangan

tapi pantai aku masih begini
tiada pasir
tiada pulau

hanya aku
tandusnya hati..


Tuesday, November 9, 2010

mimpi realiti

memercik gerimis
mata masih kuyu
terkedip pelipis
sayu pilu

tersaksi sang agung
keliling sunyi

lari terus lari
jalan dah terbuka
mana lagi nak diredah

sana hitam
sini kelam

sama
saja.

cinta tetap utuh.
jadi kenapa?

tanda soal berselirat
ayat hilang patah

diam.
ini
mimpi realiti!

Sunday, November 7, 2010

ortodokskah aku?

"kamu seorang pendiam, pemalu dan tidak ramai teman.."

mahu saja aku selak setiap lapis kulit
melihat isi sebenar diri
drama babak keberapa juga aku tak pasti
tak ada ending
yang ada hanya

prolog tak berepilog

paranoia

history

aku kenal kamu
aku suka senyum kamu
maka aku kenali kamu lagi

aku rapat dengan kamu
aku suka mata kamu
maka aku ambil peluang tatap mata kamu selalu

tiba-tiba

aku cinta kamu
aku suka bila cinta kamu
maka aku ambil peluang jauhi kamu

kerana

present

aku rindu, aku beritahu kamu
aku cinta, aku ucap pada kamu

aku rindu
lalu aku menangis

aku cinta
lalu aku makin sakit

kerana

kamu hilang
tiada cerita

kamu kelam
dibalik bayang-bayang mimpi aku

sendiri

Wednesday, November 3, 2010

untukmu CINTA

Berapa kali kukelip mata
Pandangannya masih sama
Tulus wajah menyenangkan
Tersenyum...
Membuatkan ku diawangan

Berapa kali kukelip mata
Susunan indah puitis jiwa
Denting ia bersiulan
Memenuhi kehidupan

Untukmu cinta
Ku sanggup hilang punca
Biar sendu tawa bergabung
Nyata kasihku menggunung

Untukmu cinta
Ku sanggup bergadai nyawa
Asal kutahu kau bahagia
Dengan dia yang kau cinta!

buat kekasih yang aku suka!

aku suka kamu
susah sangatkah untuk kamu faham?

aku cinta kamu
susah sangatkah untuk kamu selam?

aku sayang kamu
susah sangatkah untuk kamu hadam?

Ini perasaan
bukan tulisan tangan
torehan pada kulit pokok

ini hal hati
ada rasa sakit vs. rindu
atau kamu faham

tapi
buat
buat
tak faham....

namun
apakan dayaku

hal hati ini
buat kekasih yang aku suka..

bukan khayalan atau kebetulan!

teruskanlah!

ini bukan lagu agnes monica saja!
ini juga lagu aku

tatkala orbit mula terhenti
tatkala nadi mula gugup
tatkala sendi mula goyah

dek senyuman tawar
seorang kamu bernama..


kekasih!