Thursday, June 20, 2013

indah

suara kau
ya.
kawan lama.

kau kenal aku
dulu
keluarga aku
dulu

sekarang
aku bukan aku lagi

ya kawan lama
gelak gelak
ketawa

kawan lama
kenangan
'indah'

Tuesday, June 18, 2013

nasihat

aku banyak jalan berliku
kadang cerah kadang gelap
jadi aku mahu beberapa nasihat untuk stabil jalan ini

nasihat pertama
tolong wahai manusia
bagi aku peluang untuk senyum lebih lama dan rasa bahagia

nasihat kedua
tolong wahai manusia
bagi aku peluang untuk buat apa yang aku mahu buat
aku cuba pastikan ia betul dan akan usaha jika terjatuh
jika tidak luka bagaimana aku mahu belajar untuk terus hariku

nasihat ketiga
tolong wahai manusia
jangan menangis lagi
jangan beri sesiapa dalam kumpulan kita menangis lagi
cukup biar ini yang terakhir
akan aku cuba baca segala rasa supaya kita tidak menangis

*nasihat ketiga
tolong wahai manusia
akan aku cuba sedaya upaya beri apa saja kau mahu
lalu senyum dan teruskan harimu seperti biasa
seperti mana aku tahu
aib kamu aib aku
salah kamu salah aku
silap mereka atau sesiapa dalam kumpulan darah daging kita adalah silap kita selamanya

simpan nasihat ini
kita sayang mereka yang telah pergi dan kita sayang mereka yang masih hidup
kita sayang kita juga
seperti mana aku sayang kamu dan kamu juga begitu

habiskan nasihat ini
jika itu yang kamu mahu
akan aku dengar dan capai ia satu
satu
satu

everything has changed!

Friday, June 14, 2013

engkau

hey.
apa salah aku dulu.
kau pandang kejam setiap waktu
lalu kini kau sapa aku lagi

ah.
aku yang sapa engkau dulu
salah aku
sedar aku direaliti
bumi keras Allah
tapi aku cuma ingatkan engkau
darah aku milik kau
jadi pandang aku dan senyum!

cis.
sendu aku bergabung
tiba.tiba.
kau masih dalam harapan aku untuk terus hidup

cis.
berdebahnya aku
lupa pada bumi keras Allah ini kadang kadang jika Dia mahu habis rabak juga
ya. rabak dan terburai lalu menjadi cebis hina.