Thursday, April 9, 2015

0420am

Prinsip

Ia apa?
Ikatan apa yang perlu dilakukan oleh aku untuk utuhkan ia dalam hidup aku?
Panjang soalan ini.

Prinsip

Akan ada atau ia datang sendiri atau
Aku perlu gali ratusan kata untuk dihadirkan ia dalam diri

Diri siapa
Aku atau mereka

Perguna dan dipergunakan
Akal mana mahu aku guna untuk telan semua ini dan ucap bahawa aku adil pada semua

Bukan sahaja aku
Malah untuk mereka yang lain.