Saturday, December 25, 2010

Freaky Friday

Thats the Friday
Thats the Friday
Im still remembering it

Im still learning to fly
Im still learning to rhyme
so all the memories will fade away

Thats the Friday
Thats the Friday
When you walk away and left me here

Im still learning to hide
Im still learning to ride
and kiss off the love away

but you were there but you weren't grab it
the pity hand of mine
but you were cried but you were run
and never passed me by

so please just go the road you take
and grab it all the curse and stain
I pull myself out that line
and left you there with all your lies!

and thats the Friday...

Wednesday, December 22, 2010

Alahai Pak Kaduk

Pak Kaduk memang makan garam banyak
semua benda tahu
semua cerita tahu
bila Pak Kaduk bersuara
semua orang diam
semua orang terpaku
Pak Kaduk memang makan garam banyak
semua benda serius
semua benda humor
tapi Pak Kaduk lupa
dia memang makan garam banyak
tapi...
baju kertas dipakainya
lalu terkoyaklah bila terkinjakinja
dengan cerita sendiri

Pak Kaduk memang makan garam banyak..

Tuesday, December 21, 2010

Siapa Luncai?

Siapa Luncai?
Bukan kawan Si Melur?
yang maknya Si Tanjung?
Bukan?

Siapa Luncai?
Bukan Si Pekan yang makan telur tembakul
lalu maknya lari ditelan batu belah batu bertangkup?
Bukan?!

Jadi biarlah
Si Luncai terjun bersama labu-labunya
andai tiada yang tahu siapa dia..

Oh Pak Pandir!

Bila Pak Pandir berkatakata
Mak Andeh pasti menyeringai
Pak Pandir bukan bodoh
Mak Andeh cuma mengingat
Pak Pandir cebek bibir
Mak Mandeh terasa hati
Sosok muka tak senyum lagi
Mak Andeh langsung lari
Sakit hati kerana merajuk
Oh! Pak Pandir kena ketuk!

uncompleted sentences

too much words with unsynchronized mind made the result fall and hid the valuable moment!

Sunday, December 19, 2010

Bongkar

Kalau cinta sudah di buang
Jangan harap keadilan akan datang
Kesedihan hanya tontonan
Bagi mereka yang diperkuda jabatan

Oh oh ya oh ya oh ya bongkar
Oh oh ya oh ya oh ya bongkar

Sabar sabar sabar dan tunggu
Itu jawaban yang kami terima
Ternyata kita harus ke jalan
Robohkan setan yang berdiri mengangkang

Oh oh ya oh ya oh ya bongkar
Oh oh ya oh ya oh ya bongkar
Oh oh ya oh ya oh ya bongkar
Oh oh ya oh ya oh ya bongkar

Penindasan serta kesewenang wenangan
Banyak lagi teramat banyak untuk disebutkan
Hoi hentikan hentikan jangan diteruskan
Kami muak dengan ketidakpastian dan keserakahan

Dijalanan kami sandarkan cita cita
Sebab dirumah tak ada lagi yang bisa dipercaya
Orang tua pandanglah kami sebagai manusia
Kami bertanya tolong kau jawab dengan cinta

Oh oh ya oh ya oh ya bongkar
Oh oh ya oh ya oh ya bongkar
Oh oh ya oh ya oh ya bongkar
Oh oh ya oh ya oh ya bongkar

credit to: Cik Merah
Bongkar,dari Iwan Fals

Thursday, December 16, 2010

hadiah hari lahir

tiada kata dapat digubah puisinya
tiada irama dapat disusun lagunya
ah! hati melankolik lagi

ingin ku gigit memori semalam
ingin ku telan kenangan malam ini
ah! hati melara lagi

andai dapat kubuang satu salur otak yang bernama kamu
andai dapat kuputuskan laluan sel merah putih berpatri wajahmu
ah! hati mengarut lagi

sudahlah!
hanya mahu ucap
selamat ulangtahun kelahiran

hadiah dari aku kepada kamu
sebuah doa kebahagian dimasa hadapan!

hadiah dari kamu buat aku
sebuah kembara lara tiada penghujungan!




Monday, December 13, 2010

lukisan hati paling buruk

garisan putih ditarik
dari hujung kanvas
lalu menuju titik akhir

tapi

ia tak berwarna
gelap lalu kelam

lalu tirai perasaan disapa
mengharap ada warna lagi
pada kanvas

tapi

ia tak berwarna
kabur lalu hilang

lalu kanvas direntap
dicerai menjadi kecil
hanya seringan kabus
dibawa angin

ia tak singgah dimana
hanya terburai
dibalik percikan lopak kesat

buruk!
kanvas kotor


Sunday, December 12, 2010

dummy

dinda..

hidung kau merah lagi
mata bundar kau berair lagi
bila masa kau mahu normal lagi?

dinda..

berapa tapak langkah kau maju
berapa tapak langkah kau tersungkur
berapa kali tangan kau gamit ke langit
berapa kali tangan kau dilepas pergi
mata mereka melihat
mulut mereka mencemuh
kepala mereka mengangguk
kepala mereka mengeleng
kata mereka nista
tawa mereka syaitan nirojjim

woi!

persetankan semua itu dinda
kau jalan mana kau mampu
kau merangkak
kau menepis
kau berlari
mereka juga disisi
itu karma

dinda
kau jangan lari
kau jangan sedih
ingat aku ada
aku ada dinda..

aku ada dalam diri kau
diri kau yang juga aku!


Saturday, December 4, 2010

aku kata

aku kata pada hati

jangan melihat
nanti kau mula berfikir
jangan tersenyum
nanti kau mula menyukai
jangan berkata
nanti kau mula tertawa
jangan mencinta
nanti kau mula menangis

aku kata pada hati

jangan mengungkit
nanti kau mula sakit
jangan mengalah
nanti kau kehilangannya
jangan lakukan apa-apa
nanti kau bahagia

jadi aku kata pada hati

jangan hentikan cinta ini
biar ia tumbuh!
demi manusia itu

jangan hentikan nafas ini
biar ia hidup!
demi cerita mendatang

aku kata pada hati
senyum!

Monday, November 29, 2010

jangan percaya aku

aku hanya badut
ketawa menggila demi kamu
lalu kamu ketawa
tapi
jangan percaya aku

aku hanya boneka kayu
ikut kata kamu
lalu diarah dikerah
tapi
jangan percaya aku

aku hanya jalang
ditelanjang maruah
dijajah pemikiran
tapi
jangan percaya aku

aku hanya aku
jadi jangan percaya aku

kalau aku kata
aku CINTA kamu!
bukan GILA kamu!


method of destruction

love you
miss you
text-ing you
calling you
chatting with you

repeatedly say

I LOVE YOU!

till you keep on rejecting


Sunday, November 28, 2010

dia itu emak!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

23 kelip mata
tak seterang kerlipan bintang dilangit
Terang lagi pandangan mu pada aku

biar 23 ratus kali kelip mata
aku menangis
mutiara jatuh seusia
tapi aku redha ia untuk kamu
agar kamu bahagia tawa

biar 23 ribu kali kelip mata
aku jatuh dan bangun
aku mahu ia demi kamu
melihat kamu senang diusia tua
sedangkan aku tercedera lara

biar 23 juta kali kelip mata
nafas aku dihembus
nyawa itu aku sanggup beri pada kamu
agar nadi kamu terus ada untuk aku
selamanya

biar 23 ratus juta kali kelip mata
aku berdoa
kamu selamat dan diberkati yang kuasa
agar kamu terus disisi aku
dalam tawa jua derita!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

kita manusia biasa darah merah warna
kita wanita yang ada rasa ada cinta
kita kawan yang berkongsi segalanya
kita musuh yang bertelingkah segalanya
kita kekasih sedarah sedaging

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Terima kasih untuk segalanya
Minta maaf untuk segalanya

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

fact

kusangka kau kukagumi
rupanya

kau kucintai

refleks

akal berhenti memikir
nadi berhenti nafas
mutiara semakin berderai
sendu makin bercelaru
badan semakin mengigil
degupan semakin laju

bodoh!
aku cinta kau!

telepati

ini bukan pertama kali
ini bukan kedua kali
ini melebihi ketiga kali

kau datang dalam mimpi
bagi senyuman harapan
musnah realitiku

kau datang berturutturut
ikut suka mahumu
lupus tarian hariku

tapi kata hati
itu bukan niatmu
itu bukan pintamu

kerana kita ada
telepati
rasa hati bila kau diselubungi walang
rasa resah bila kau dilanda musibah
rasa kalut bila kau

demam?

3:00am

kelmarin
kau senyum dari jauh
berdiri teguh tersenyum
aku disini
membalas senyum

terjaga di 3:00am

semalam
kau melambai di hadapanku
menghulur tangan
aku disini
menyambut erat

terjaga di 3:00am

hari ini
kau memeluk tubuhku erat
menciumi bahuku tulus
aku dipelukanmu
bahagia

terjaga di 3:00am

argh!

puisi cinta terpendek

ini bukan musim bunga
ini bukan musim gugur
ini bukan musim dingin
atau
ini bukan musim panas

ini hanya musim cinta
cinta aku pada kamu

dan aku ingin menulis
satu puisi cinta paling pendek

"suka!"

deria

pelik
tertariknya aku pada dia
sama
tertariknya aku pada menulis

selesa
rasa bahagia
tak ingin menjauh
ingin memeluk erat

senyum
rasa indah
biar jatuh sakit
ingin biar selamanya

Warisan Propaganda

Adik, kau lihatlah
semalam mereka merobohkan jeriji besi kuno itu
kata mereka ia merugikan
tanah lapang berhak punya konkrit batu berharga

Adik, kau lihatlah
semalam ada juga tanah direbutrebut
geran dilayanglayang
wang disogoksogok

Adik, kau lihatlah
esok pula tangga batu itu mahu dirampas
dimusnah dilupus
ayah akan menangis
ibu akan meratap

Adik, kau lihatlah
inilah warisan propaganda
entah bila masa tamat
aku harap kau dapat lihat
inti sebenar mereka
jangan terkabur dengan janji kata
jangan teralit dengan selera manusia kita

Adik, kau lihatlah!
jangan lena lagi!

nota: sajak ini kau karang selepas kata pd bro pyan: aku tak pandai menulis. haha!
maaf, aku tak ada kekuatan nak pos kerana aku takut! maaf!

Selera Hati Manusia

Makan ulam petai
cicah sambal belacan
makan ikan bakar
cicah air asam

tapi mana sama
hirup sup cendawan tin
dengan roti bawang putih
ratah daging panggang
dengan sos lada hitam

mungkin sebab itu
selera kena tukar
biar semua boleh bergaduh
dengan sudu garfu
dengan lif, eskalator
dengan 'parking lot', 'guard house'

oh! berseleranya semua
mengikut arus perdana katanya
jangan selalu biasa
kena juga luar biasa
sampai hilang yang terbiasa
dengan apa yang mahu dibiasakan

oh! itu semua selera hati manusia...

nota: sajak ini di'reject'panel kampung yg bakal dipupuskan'
haha! mana mungkin diterima, aku bukan bijak pandai taip kata :)

perbuatan bodoh

mata bersinar
nampak ikon 'online' gmail kamu

hati berdegup laju
nampak 'notification' fb aku
tunggutunggutunggu
aku 'reply'
tunggutunggutunggu
aku 'on chat'
tunggutunggutunggu
aku sapa salam

terus aku kata dalam hati
bodoh punya manusia
apa punya hati tak tahu

sudah orang kata tidak
lagi mahu menjengah

terus aku kata dalam hati
tak siuman punya manusia
apa punyai jiwa tak tahu

sudah orang kata jangan
lagi mahu berangan

bodoh!

tapi

"aku cuma hanya merindui dia..

insan aku cinta"

Tuesday, November 23, 2010

movement

apa penting?

mendapatkan apa diingini
bermimpi disiang malam hari
menari diatas ruang sesak
berjejeran airmata

atau

senyum
dan terus senyum

pada hari minggu bulan tahun purnama
tak tentu masa?

Sunday, November 21, 2010

senyumlah wahai manusia

hoi manusia!
apa lagi mahu kau bikin?
hati kau dah dikunci
kononnya!

hoi manusia!
apa lagi mahu kau fikir?
akal kau dah memilih
pasrahlah!

hoi manusia!
apa lagi?
apa lagi yang kau buat disitu?
menelek
mengintai
hidup manusia sempurna itu?

hoi manusia!
kau nampak?
beribu gaung kau buka
berjuta susur noda kau bakal jengah
kau sedar?

hoi manusia!
baliklah
walau manusia sempurna itu tiada
kau masih ada Dia
baliklah

hoi!
hoi!

senyumlah!
senyumlah wahai manusia!

Friday, November 19, 2010

jadilah seorang ikhlas

jadilah seorang perempuan ikhlas

ikhlas berkongsi
ikhlas memberi
ikhlas merasa
ikhlas belajar
ikhlas berfikir
ikhlas menyayang
ikhlas tersenyum
ikhlas melangkah
ikhlas beramal

yang penting
ikhlas mencinta

kau hidup bukan sebatang kara
solo dimuka bumi pinjaman dia

tiada satu hak milik kau
kekal utuh dalam dakapan

sila pandang pada usaha orang
yang berkongsi
yang memberi
yang merasa
yang belajar
yang berfikir
yang menyayang
yang tersenyum
yang melangkah
yang beramal

paling utama
yang mencinta

antara mereka
walaupun disana tiada

kamu.

Thursday, November 18, 2010

akal bagai disiram

hati kosong
jiwa kosong
kata kosong
mimpi kosong
niat kosong

bila

akal

bagai disiram hujan

tinta reput

ilahi
sudah lali mendengarku merintih

ilahi
acapkali kalimah nama itu disebutku

ilahi
ada cebis kaca tambah cuka dalam jiwa
tapi ia bagai kekal
tak mahu diubah

ilahi
adakah ini yang kau tulis
pada tinta reput qada' aku?

Re: Cerita Cinta Larut Malam

kekasih,
tiap kali matahari membahang
aku harapkan bulan cepat menerpa

kekasih,
tiap kali bulan menjengah
aku harapkan matahari pupus

kerna aku aku tahu
biar matahari atau bulan mengerdip padaku
kau tetap akan pergi

jauh

siapa sangka

kopi itu pahit tapi siapa sangka ia mampu buat si tua tersenyum si muda berkobar

kopi itu pahit tapi siapa sangka ia mampu buat rindu jadi lirih kasih jadi utuh

kopi itu pahit tapi siapa sangka ia mampu buat sebuah kehidupan berganti nadi~

Re: Ceritera Penjual Jigsaw Puzzle

Jika kamu penjual Jigsaw puzzle

mungkin aku kabuki
namun aku kabuki wagato

biar aku lempiaskan kata
yang lebih jujur
asalkan ku puas

biar aku jeritkan
ekspres amarah dalam sendu
raih rindu dalam sayu

kerna biar kujerit
kerna biar kutangis pilu

kau tak kan pernah tahu
itu aku

disebalik topeng kabuki
melihat kau menjual jigsaw puzzle

disusur romantika
ceritera kayanganmu

Re: Cuba Kubunuhmu Pada Malam

........mahu dikata apa lagi

saat
siang dan malamku
dinoda rakus oleh segala bayangmu

zahir dan batinku
terperonyok
disudut gelap ku sendiri

mana ada bintang
masakan juga ada bulan
tiada langsung sekerlip cahaya dalam kendi susur hidupku

dihempap sedarah sedaging
dicicir kesayangan mimpi

lalu aku
terus berharap

agar kau bunuh saja aku
bukan sekadar jiwa
tapi tarian realitiku

agar aku dilahir semula
menjadi bukan aku
bertemu bukan kamu
dihidupkan bukan mereka

ini tulisan kayangan
bukan omongan~

Re: Dan cintaku itu pun ditolak

...dan kini aku pula sepertimu
menari lalu berlari
mengejar layar
ditengah lautan

tanpa sedar aku lemas
tercungap
mencari tangan yang bisa kugapai

tanganmu
yang selalu menghulur
hilang dibalik layar

yang kau kemudi
terus
dan lenyap

aku?
tenggelam
dengan nadi terakhir...

Tuesday, November 16, 2010

melankolik kayangan dalam lautan

layanglayangdikayangan
01:31pm
16 November 2010

orang kata aku masih pejam mata

mana mungkin mata aku buta?
telinga aku tuli
dengan kata dan cerita
menjadi sumbang
dari arah jauh
disebalik awan komulunimbus!

Oh! cahaya itu makin terang!

tak perasankah kau?
bagi aku ia masih kelam?
udaranya termendap dalam ruang

orang kata aku kaku

mana mungkin tubuh aku lumpuh?
tangan kaki kudung
dengan gerak langkah
dan perjalanan yang sumbang
dari arah sini, depan dan belakang

tak lupa beban diatas
lantas terjatuh terduduk
keliling angin memutar
menghimpit pemikiran

oh! nadi ditukar ganti
akal disalur angin
segar bagai pusingan baru
tujuh lautan
tujuh lapis kayangan

tapi pantai aku masih begini
tiada pasir
tiada pulau

hanya aku
tandusnya hati..


Tuesday, November 9, 2010

mimpi realiti

memercik gerimis
mata masih kuyu
terkedip pelipis
sayu pilu

tersaksi sang agung
keliling sunyi

lari terus lari
jalan dah terbuka
mana lagi nak diredah

sana hitam
sini kelam

sama
saja.

cinta tetap utuh.
jadi kenapa?

tanda soal berselirat
ayat hilang patah

diam.
ini
mimpi realiti!

Sunday, November 7, 2010

ortodokskah aku?

"kamu seorang pendiam, pemalu dan tidak ramai teman.."

mahu saja aku selak setiap lapis kulit
melihat isi sebenar diri
drama babak keberapa juga aku tak pasti
tak ada ending
yang ada hanya

prolog tak berepilog

paranoia

history

aku kenal kamu
aku suka senyum kamu
maka aku kenali kamu lagi

aku rapat dengan kamu
aku suka mata kamu
maka aku ambil peluang tatap mata kamu selalu

tiba-tiba

aku cinta kamu
aku suka bila cinta kamu
maka aku ambil peluang jauhi kamu

kerana

present

aku rindu, aku beritahu kamu
aku cinta, aku ucap pada kamu

aku rindu
lalu aku menangis

aku cinta
lalu aku makin sakit

kerana

kamu hilang
tiada cerita

kamu kelam
dibalik bayang-bayang mimpi aku

sendiri

Wednesday, November 3, 2010

untukmu CINTA

Berapa kali kukelip mata
Pandangannya masih sama
Tulus wajah menyenangkan
Tersenyum...
Membuatkan ku diawangan

Berapa kali kukelip mata
Susunan indah puitis jiwa
Denting ia bersiulan
Memenuhi kehidupan

Untukmu cinta
Ku sanggup hilang punca
Biar sendu tawa bergabung
Nyata kasihku menggunung

Untukmu cinta
Ku sanggup bergadai nyawa
Asal kutahu kau bahagia
Dengan dia yang kau cinta!

buat kekasih yang aku suka!

aku suka kamu
susah sangatkah untuk kamu faham?

aku cinta kamu
susah sangatkah untuk kamu selam?

aku sayang kamu
susah sangatkah untuk kamu hadam?

Ini perasaan
bukan tulisan tangan
torehan pada kulit pokok

ini hal hati
ada rasa sakit vs. rindu
atau kamu faham

tapi
buat
buat
tak faham....

namun
apakan dayaku

hal hati ini
buat kekasih yang aku suka..

bukan khayalan atau kebetulan!

teruskanlah!

ini bukan lagu agnes monica saja!
ini juga lagu aku

tatkala orbit mula terhenti
tatkala nadi mula gugup
tatkala sendi mula goyah

dek senyuman tawar
seorang kamu bernama..


kekasih!

Friday, September 3, 2010

pengaruh

kata hati
diam!

kata hati lagi
cakap!

kata hati lagi dan lagi
kalau tak mahu diam kau cakap!

berselirat minda bukan kerana akal yang hitam
berselirat kata bukan kerana patah ucap hilang

menjauh dari duka
berpaling dari angan

menuju cahaya baru
disebalik rupa nyata
walau sukar dilihat

kata hati
senyum!

kata hati lagi
syukur!

kata hati lagi dan lagi
kalau mahu senyum kau wajib syukur!

Friday, August 13, 2010

bila pusingan masa macam sedekad tahunnya

hey!
aku mahu hidp
bagi aku ruang

cemas
khuatir

mata mahu pejam
ideologi hati tidak boleh dipercayai

bebaskan nafas ini!

pada kamu yang buat aku waras tak waras terlalu waras

saat aku senyum
bukan dilebihkan

saat aku sendu
bukan ditambahkan

terpejam mata kala terlintas
satu rasa
satu nada

dari satu sudut
hingga akhir lorong

kau nampak dulu ia gelap
kau tak nampak kini ia cerah

Wednesday, July 21, 2010

Aku sesali

Ku terkilan
sedikit rasa terguris
bagai darah berhenti mengalir

Ku terusik
katakata membunuh
pandangan tak mengerti

Ku sangsi
bila hadir perasaan
semua tak wujud

Ku terfikir
bahaya emosi
bergabung tanpa arah

Ku katakan
semua ini dongengan
tak ada cahaya ufuk timur disini

jauhi dia
tinggalkan dia

Friday, July 16, 2010

setakat hari ini

Cukup untuk hari ini
aku 'copypaste' karya sendiri

ada hari lain
aku letak lagi

hari ini tak ceria
tak ada layanglayang

tapi aku cuba senyum

rindu

Ku melihat bintang

Memandang dengan sepi

Ku menyapa bulan

Namun tidak berseri

Ku melihat kamu

Memandang dengan rindu

Ku menyapa kamu

Namun hati tetap sayu


Oh!apalah cerita?

Asyik dengan angan- angan

Bulan bintang dikayangan

Bukan semua kan kudapatkan

Oh!apalah cerita?

Berpusing- pusing dengan kisah

Si romeo dan juwita

Bukan semua seperti mereka

Aku rindu

Ku rindu kamu

Ku merindukan dirimu

Bukan seperti mereka

Bukan seperti kita

Oh! Seperti kita

Seperti mereka dan kita

Sepi


Sepi.

Bisikku pada bulan

Kembalikan temanku

Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku

Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku

kredit to: Sepi by Khabir Bhatiar

Sepi oleh Azueraina Abdullah


Hati ini bukan milikmu

Cinta ini bukan milikmu

Biar tertanam di perut bumi

Biar tertusuk didada langit

Takkan sekali kali aku membenarkan

Hati ini membesar bagai pohon

Cinta ini berkembang bagai bunga

Biar kelam seperti malam

Biar gelap seperti matinya hati

Bukan membenci

Bukan melarikan diri

Tergolek langkah tatkala terlihat

Wajah yang dulu milik hamba

Kini hilang dan meninggalkan luka.

Sepi.

Aku mahu sepi.

Seperti dendam sang pencinta yang mati.

Saat kau ada

Nadi nafasku terhenti terkelu

Pabila kau hadir pabila kau mula pergi

Saat tak kembali seperti yang ku idami

Detik paling manis kau dakap diri ini


Berlari aku mencari dirimu

Manusia paling agung dalam hidupku

Bukan warna indah andai kau tak ceria

Terbaik itu adalah saat kau ada..

Aku tak kecewa

Aku tak berduka

Kerna itu adalah sengsara..

Jiwa bertanya

Adakah aku yang berdosa?

Membuat engkau terluka...


Ku tak mampu kehilangan dirimu

Tiada penyesalan..

Namun ku tak mahu kesepian

Andai kau bahagia

Walau apa cara jua

Aku hanya mampu rela

Tabahkan rasa jiwa..


Saat kau ada ku

Ada kau ada

Ku ada kamu...

Inti ada atau tiada

Menyusun hasrat di daun keladi

Jika jadi ia jadi

Jika hilang ia pergi

Menyusun kata di dalam hati

Jika jadi terpahat lah ia

Jika hilang terguris lah ia

Berombak dada

Terkejut realiti

Berentak nada

Terkalut bunyi

Sepi jangan biar sepi

Malam jangan biar mati

Gelap bukan tanda henti

Mendung bukan tanda lali

Bergolek rasa

Bercampur erti

Lalu hilang sebuah nadi

Dari jasad yang tiada inti


(16th March 2010, 04:43pm)

Cerita?

Ini bukan cerita cinta yang ditonton khalayak manusia

Ini bukan cerita penglipur lara yang disaksikan jutaan pendengar

Ini hanya satu lara realiti yang hanya ada aku dan dia

Dua jiwa yang mereput dalam mencari erti hati yang satu

Lalu hilang bila tiada saksi yang mampu mendengar dan melihat

Dimana ada cerita seperti ini?

(16th March 2010, 04:58pm)

Berbicara lagi

Berbicara lagi sang bulan

Berbicara lagi sang bintang

Menghapus tangis

Mereput kata

Membuang jasad

Meninggalkan kasih serta sayang

Terdiam aku dalam kelu

Terpinggir aku dalam kaku

Memotret nada sayu yang hilang irama

Tawa jadi sendu

Senyum jadi racun

Hilang deru angin

Hilang bayu gerimis

Tiupan kasih bersepah pergi

Tiupan sayang berderai lari

Rencam hati

Lalu sepi.


(16th March 2010, 04:35pm)

Azuraina Abdullah

Assalamualaikum.

Ini aku.
kata-kata daripada aku.
Ditaip oleh aku.
Lahir daripada akal aku.
melalui otak aku.

siapa aku?
aku..Azuraina Abdullah.