Monday, March 21, 2011

bernafas!

benak dikepalaku tahan pusingan
satu hari hidup

cuba susun satu satu cerita
agar ada moral dihujungnya

bukan diserahkan semua
segala pada takdir

cuma menjauhi langkah kegagalan
kesekian kalinya

jadi aku berhenti seketika untuk

BERNAFAS!

Friday, March 11, 2011

noktah

cuba aku taip kata
ia buruk
makna hilang

cuba aku nyanyi
alunan tunggang langgang
sumbang dengan irama

jangan dengar kata aku
jangan ulang kata aku
jangan ertikan setiap patah kata aku
kerana aku benci bila kau mahu fahami
sesuatu yang kau tak mampu

fahami

noktah

lagu sumbang

rambut gugur satu satu
tak sama warna seperti dahulu
kau lena kala itu
saat aku kata jangan berlalu
tinggalkan satu saat untuk aku
bagi aku kenang waktu yang ada bersamamu

air mata gugur satu satu
tak sama rembes nada seperti selalu
kau kata ini yang terakhir tiada lain kali
kerana hanya kau dan aku yang fahami
tiap bait kata
lagu sumbang dalam cerita kita

aku mencuba berlari
mahu gapai lagi tangan kau
walau tahu kau masih terbaring
terkulai dalam mimpi
aku cuba jadi cantik
buat tatapan terakhir diri
tapi ini yang akhir
kerana kita tiada mula titik