Friday, March 11, 2011

lagu sumbang

rambut gugur satu satu
tak sama warna seperti dahulu
kau lena kala itu
saat aku kata jangan berlalu
tinggalkan satu saat untuk aku
bagi aku kenang waktu yang ada bersamamu

air mata gugur satu satu
tak sama rembes nada seperti selalu
kau kata ini yang terakhir tiada lain kali
kerana hanya kau dan aku yang fahami
tiap bait kata
lagu sumbang dalam cerita kita

aku mencuba berlari
mahu gapai lagi tangan kau
walau tahu kau masih terbaring
terkulai dalam mimpi
aku cuba jadi cantik
buat tatapan terakhir diri
tapi ini yang akhir
kerana kita tiada mula titik

No comments:

Post a Comment