Sunday, April 28, 2013

bila II

siapa.
aku baru terfikir. siapa yang akan memusingkan dunianya hanya untuk aku?
soalan.
tiada jawapan.
ia kosong dan hanya debu berpenuh soalan.

jujur.
aku ada degil. mahu segalanya. kerna aku tahu tiada apa yang akan jadi hakmilik kekal
aku. akhirnya terdiam.
ada rasa malu menyelubung wajah dan maruah.
terima kasih setia menemani.

namun. cukup sampai sini

(i)
dia hadir seketika
katanya mahu bersama selamanya
tapi dia lebih disayang DIA

(ii)
rasa
ia hanya rasa
tiada cerita
lalu hilang

(iii)
ia datang sekali
seperti kayangan
dan hilang bagai ngerinya
tak mampu disangkal
permainan hati bergolak

(iv)
terlewat menyedari
ku persiakan yang berharga

(v)
berlainan dariku
api.
jangan diacukan
melarat
jadi menjauh
terus mati

(vi)
aku sanggup kejar hingga bila aku tak pasti
lalu hari ini aku akui kian lemah untuk diteruskan
permainan yang tiada tahu hujungnya
soalan berpenuh
lalu aku diam
mahu diam

(vii)
akhir? bukan.
tidak pasti.
samada mahu letak titik sebagai tanda atau masih soalan?
lalu aku biar sepi tiada apa-apa

bila

suka.
ya. aku suka dia.tak perlu susah untuk suka dia. hanya suka.

ya. aku suka. dari setiap tutur.
dari setiap senyuman.
dari setiap apa yang yang dia buat seharian bersamanya.

ya. aku suka.
jangan salah anggap bila aku kata aku suka.

bila.

dia sambut tangan aku yang kian jatuh dalam tekanan pekerjaan seharian
dia senyum dan bawa aku dalam dakapan mesra tawanya
dia kucupkan kata rawak yang humor untuk lihat ku sedar dalam jaga
dia beri ucapan alasan yang menangkan aku
dia

bila dia

palitkan aku dengan rasa bahagia

ya.

bila aku rasa bahagia. ia bahagia.
dapat aku cari lain makna? tiada. warna langit kian berubah bila dia ada.
selesa. tenang. damai.

tapi aku tak mampu tahu

bila

dia akan berlalu dari khayalanku
dia membawa cerita bersama sejauhnya
tapi tekadku satu

aku akan cuba menjejakinya

kerana cahaya bahagia itu bagai ada padanya.
walaupun akan ada siapa yang lain turut mengejarnya...

-kejoraku bersatu-search-

Monday, April 22, 2013

ulangtahun kelahiran

makin tua
itu nyata.
tapi masih ada peluang untuk melihat apa yang belum nyata?
itu soalan

beri aku satu masa untuk faham
jangan tunding dengan sewenang
aku mahu senyum
jadi aku senyum

jangan paksa aku jadi kabur
dan tiada rasa

sebab aku makin tua
dan ia nyata dan fakta
bukan auta aku terkedu dalam diam.

Sunday, April 7, 2013

Asmara Hitam

apa yang hadir dalam benakku akan kugunakan untuk menyampaikan rasa sejujur mungkin
walau hari ini esok atau lusa kesudahannya belum pasti dimana letak,

bicara lagi.

satu tempoh masa bukan pengukur segala apa yang aku rasa
satu kelip mata bukan pengukur nyata jalan yang aku harus lalui
jadi izin aku sempurnakan perjalanan ini
dengan asmara hitam jika tiada warna lain yang akan menemaniku
sulit untuk dibicarakan namun aku tahu
kau akan mengerti
dan faham!

apa yang aku ujarkan malam ini
aku hanya perlukan kamu
walau petang tadi, pagi tadi. ya. siang tadi aku punya jalan yang indah
tapi tiba saja malam
laluanku kelam dan aku perlukan kamu sebagai peneman

seperti yang kau pernah ujarkan

kau bintang dan aku akan mula bercahaya disisimu!


Thursday, April 4, 2013

Satu malam lagi.

aku tak pernah bercerita pada sesiapa.
tentang satu rahsia.
ya. tentang rahsia kita.
siapa kita.
kau dan aku.
kita melaluinya dua malam.
kini aku perlukan satu malam lagi.
untuk fahamkan bahawa hati kau hanya untuk aku.

malam pertama.
aku hanya beku.
mahu maki hamun kau sekuat suara.
biar satu dunia tahu kau bukan sesiapa.
hingga mampu buat aku terdiam dan membeku di pembaringan.
apa helah agenda kamu hingga aku hanya 'diam'!

malam kedua.
aku masih beku.
ingin cuba bicara.
tapi tiada juga kekuatan.
kau berlalu dengan sapaan terakhir?
tidak. kau hanya berlalu dengan pandangan kecewa.
ah!

malam ketiga.
aku masih menunggu.
bila?

kerana aku mahu sampaikan padamu.
aku harap kau mati dan tidak wujud lagi dalam mimpiku!
biarkan aku tenang dipembaringan!
mana mungkin kau wujud dan bermaharajalela dalam imaginasi hitamku.
kau tidak punya hak.
secebis mungkin juga.
jadi pergi dan dengan ikhlas aku halau kamu!