Sunday, April 28, 2013

bila II

siapa.
aku baru terfikir. siapa yang akan memusingkan dunianya hanya untuk aku?
soalan.
tiada jawapan.
ia kosong dan hanya debu berpenuh soalan.

jujur.
aku ada degil. mahu segalanya. kerna aku tahu tiada apa yang akan jadi hakmilik kekal
aku. akhirnya terdiam.
ada rasa malu menyelubung wajah dan maruah.
terima kasih setia menemani.

namun. cukup sampai sini

(i)
dia hadir seketika
katanya mahu bersama selamanya
tapi dia lebih disayang DIA

(ii)
rasa
ia hanya rasa
tiada cerita
lalu hilang

(iii)
ia datang sekali
seperti kayangan
dan hilang bagai ngerinya
tak mampu disangkal
permainan hati bergolak

(iv)
terlewat menyedari
ku persiakan yang berharga

(v)
berlainan dariku
api.
jangan diacukan
melarat
jadi menjauh
terus mati

(vi)
aku sanggup kejar hingga bila aku tak pasti
lalu hari ini aku akui kian lemah untuk diteruskan
permainan yang tiada tahu hujungnya
soalan berpenuh
lalu aku diam
mahu diam

(vii)
akhir? bukan.
tidak pasti.
samada mahu letak titik sebagai tanda atau masih soalan?
lalu aku biar sepi tiada apa-apa

No comments:

Post a Comment