Tuesday, July 19, 2016

Why don't you just leave?

I cannot be trust
cuz its all bout my past



so why
don't you just leave?
and leave the nightmare?

here---

Secebis Cinta Umrao Jaan.

“Cinta yang agung ialah doa seorang bapa kepada anaknya, kasih yang dicurah daripada seorang ibu kepada anaknya.”

“Tetapi cintaku agung terhadap Umrao!”

“Cinta pelacur hanya kerana harta!”

“Kau menghina cintaku kepadanya, seperti kau menghina aku, bapaku!”

“Ingatlah! Cinta yang kau berikan kepadanya adalah kerana adanya cinta hartaku kepadamu. Lalu sekarang kau tinggalkan cinta hartaku itu kepadanya atau kau tinggalkan hartaku untuk cintanya.”



Umrao Jaan
...................................................................

Apa yang kau lakukan Wahyu? Perjanjian yang tiada tanda kesetiaan. Hanya yang ada selingkar penyeksaan dalam jiwa yang kian kosong. Dipandang sepi wajah si kekasih yang kian lena diulit kasih yang dicurahkan walaupun hanya semalam dia baru sahaja mengenal cinta. Genggaman tangan yang tidak dilepaskan sejak tadi kian longgar. Dengkuran halus kedengaran. Curahan kasih sayangnya suatu ketika tadi mungkin memenatkan sang kekasih. Dimindanya masih kosong.

“Apa yang aku lakukan ini?”

Diusap rambut si kekasih. Berkerut dahinya. Terganggukah dia dengan usapan kasih itu. Wajah itu nampak tenang. Tiada rasa kekesalan yang ada dalam jiwa itu seperti yang dirasakannya sekarang.

...................................................................

“Aku punya kekasih. Tetapi dia hanya kekasih,” lafaz Iskandar.

“Hanya kekasih tanpa cinta?” Wahyu bertanya lagi.

“Mungkin ada suatu ketika dulu. Tapi kini yang hanya adalah sengsara. Dia berikan kebebasan fizikal. Namun, aku terdera minda.

“Aku pernah punya rasa ingin dicinta. Suatu masa dahulu juga. Si kekasih datang dan aku hanya inginkannya. Namun, aku berbeza agama dan kemahuan daripadanya.

“Aku ditinggalkan dalam sengsara juga.” Iskandar mengeluh panjang. Dipandangku sepi.

Wahyu sedar, bukan dia sahaja yang pernah merasakan sengsara ditinggalkan. Pemergian Fahzan membawa kebahagian yang sepi.

“Aku perlukan lelaki dalam hidup. Walaupun agak bodoh untuk terlalu berharap seolah-olah aku hidup hanya untuk mencari lelaki dan cinta.

“Aku ingin cuba rasa bahagia berpasangan. Mengerti bahawa disetiap jalan dan langkah ada seseorang yang mengiringi.

“Saat ini aku sedar, diri aku dah kosong. Tiada nilai,” luah Wahyu.

Kekosongan dalam kata saat itu. Jujur hatinya, dia kosong. Memang dia kosong dalam apa yang berlaku saat itu. Apa sebab apa kesan, dia tidak fikir. Bukan dia tidak cuba untuk fikir, dia cuba tetapi tiada apa difikirannya saat itu. Ada sesiapa yang memahami? Rasanya tiada.

anasir

Kau diam
Ada suara menusuk ke rongga telinga
Bagai panggil panggil
Serata buana
Mahu ishtiharkan bahawa aku apa?

kau hanya anasir
bernama tiada--

lolongan kosong

kita berdiri sama sama
kita dekatkan kaki dan jari
kita sentuh jiwa sama sama
melihat dalam setiap rongga yang terdera
bila ada kita rasa tiada
bila tiada akan ada yang berbisik
sepi

kita lihat persepsi satu
yang baru dan pesimis
kita diam
kerna kelu tak mahu tahu
kerna kosong lolongan itu

kita berdiri sama sama
lihat dulu dan kini
mereka diatas meludah hebat
mereka diatas kita terperosok
bersorak longlai
masih sama
kaki dan jari kita dekatkan
jiwa kita sama bersentuhan
sepi bertandang tak mahu lepaskan

tenggelam lagi
dibawah lolongan kosong