Tuesday, November 20, 2012

Siapa Kamu

Dia berdiri disini
menanti senyuman itu
yang mengganggu sebulan lalu

saban hari senyuman itu bagai hilang mungkin kerana rasa kian hilang sama seirama
tak mengapa
katakanlah hati kian membenci
katakanlah hati kian menjauh
tiada ego dan kompromi dalam menyampaikan apa yang kamu rasa
dia diam mendengar

ini diriku
berlumut dengan noda
kian dibasuh dan direndam dengan zamzam
berdoa supaya menyinar bagai putih bayi
berdoa agar tiada cela dan tiada nista yang melekap dan abadi

kau sedar kenyataan itu
dan aku cuba bersihkan segalanya dalam hatiku
mengapa kau melarikan pandangan jika kau tidak kotakan kata
mengapa?

jangan risau aku bukan mereka yang menuntut segala hak
pernah diluahkan kata aku akan mendengar
jika ini bukan milik aku
aku sedar dan redha

agak transperansi kata malam ini
maaf aku tak mampu luah pada kamu
takut dan tak punyai sebarang kuasa seperti selalu
aku kian kerdil dan terhapus
jadi sebelum aku menghapus segala rasa yang ada tumbuh
jujur pada aku

siapa kamu dan siapa aku dalam perhubungan ini?

Lain

25 tahun lalu dia lahir ke dunia. tanpa sebarang perancangan mereka melakar indah hidupnya

tapi itu fantasi sebuah cerita.

kenyataannya...

25 tahun lalu dia lahir kedunia
seorang kata tidak seorang kata mahu
lalu dia ditinggalkan sepi selama dua minggu
berapa tahun kemudian dia ditinggal lagi
dan kesekian kalinya dia ditinggalkan selamanya pada setahun lalu

yang seorang sudah tiada
yang ada bagai berkira-kira

mereka membuat perancangan lagi
mendoa pada yang tiada supaya ada dan meninggalkan dia lagi keseorangan

hey kini dia lain
dia megah mempersetankan kata manusia bernama mereka
dia indah melakar cerita yang mereka tak mahu dengarkan
lalu dia senyum dengan ikhlas menyimpan dendam untuk menjatuhkan mereka yang memang sudi menjatuhkan dia selama ini

lain
dia kini sangat lain
putaran hidupnya bagai taufan
gelombang langkahnya bagai el nino menggulung rasa
jaga jaga

dia kini lain
bukan lagi si bayi yang cuba kau buangkan dulu.