Saturday, December 27, 2014

Rahsia terakhir

Mungkin semua orang tahu
Mengetahui bahawa aku cinta akan kamu
Mencintaimu lebih dari segalanya
Namun demikian,
Aku hanya seorang yang gagal

Segagalnya aku mencapai apa yang dihajati hati
Dihajati diri dan semua berakhir dengan kosong

Kemudian
Hari ini aku mengetahui sesuatu
Bahawa cinta yang aku kejar tiada nama dari mula
Malah tiada akhir nya juga

Kemudian
Mengetahui bahawa aku gagal dari titik mula
Mengetahui segalanya bukan milik aku

Kemudian
Merumuskan satu perjalanan yang sia sia semata

Malam ini
Disisi kamu yang terlena tiba tiba
Aku bagai mahu mengucup dahimu
Ucap kata selamat tinggal buat selamanya

Kemudian
Menjauh dengan selayaknya

Malam ini
Malam terakhir aku tatap kamu
Malam terakhir aku kata aku cinta kamu

Kemudian
Akan berakhirlah segala cerita aku

Seadanya.

Rahsia aku yang terakhir:

 aku bukan bebanan untuk kamu. Sakit aku ditanggung aku bukan kamu atau mereka. Jadi hidup kamu baik baik. Semoga dapat cinta yang kamu hajati.

Kadang aku iri. Mungkin tiada yang doa buat aku jadi lah aku hidupnya kudus cinta. Tidak seperti dia yang selalu kamu doakan maka segala indah dihadapinya...

Our story end.

Sunday, December 14, 2014

past traumatic disorder

Hey kamu
Baca ini

Apa aku ini manusia jenis yang bagaimana?
Harap semua rasa ini henti dengan segera
Harap semua perbuatan tak rasional ini henti dan tiada lagi sekelumit tanda yang tinggal

Apa aku memang tak normal
Hampir setahun aku hadap isu sadis ini
Penat?
Aku kian lelah sebenarnya.

Hadap kamu
Harap mereka
Hadap semua
Malah paling sadis malah paling tragis
Hadap diri sendiri
Tak tahu mana penghujung cerita

Hari ini aku mahu henti
Esok aku lupa
Hari esok aku mahu henti lagi
Esoknya lagi aku lupa
Hilang semua rasa mahu henti rasa pada kamu
Malu?

Lebih dari itu
Aku mahu tanam diri hidup hidup
 Tak perlu hadap apa apa lagi
Tapi aku pasti esoknya hari aku pasti lupa lagi

Aku
Past traumatic disorder
Jadi cuba faham
Kalau aku tak mati
Sampai bila entah aku masih akan begini
Jadi kita tunggu aku mati sahajalah.

Ok?

Wednesday, December 3, 2014

bacalah.

Manusia bernama AMI
Kau baca ini
Hadap dan hadam dalam akal

Adalah Aku gila kala taip semua ini?
Aku separa waras kala fikir semua ini

Aku tahu kau waras
Tak seperti aku
Terkejar lara cinta tak bernama
Kau cuba fikir
Fikir dengan realiti apa dan kenapa

Manusia bernama AMI
Bukan aku tak usaha untuk buang semua perasaan ini
Bukan aku tak berdoa pada tuhan
Minta jauh aku dari kamu
Minta tiada cinta yang ada untuk kamu dalam hati aku
Bukan aku tak cuba segala jenis cara buang semua ini

Aku buat semua
Aku buat semua
Aku mahu kau tahu aku buat semua yang kamu benci untuk buat kita menjauh

Kamu fikir aku tiada maruah
Ya
Maruah aku cuma secalit
Sikit saja lagi ia terkoyak
Lalu aku tiada apa apa berharga

---

AMI

Aku tahu aku menjengkelkan kamu
Tak apa ia hakikat aku terima lama dulu

Its ok
I'll be fine
Even though I don't want to say goodbye but you do saying it earlier than I thought.

Tapi kamu juga perlu tahu
Aku manusia biasa
Kadang rindu itu tak tertanggung
Kadang ia menjerit melaung tak tentu masa
Biar apa kamu kata
Aku macam tak faham bahasa

Tapi kamu juga perlu tahu
Bila aku sedar
Ia bukan perkara paling mudah
Aku cuba untuk teguh berdiri semula
Walau sakit malu tak terkata
Tapi kuat berkata
'Tak apa..tak apa...ada hikmah sebalik segalanya..."

Kamu penat?
Aku lebih lelah
Kamu benci?
Aku lebih meluat dengan diri sendiri
Tapi ia hakikat
Ya hakikat yang aku sedar lama dahulu

Maaf
Aku akan cuba lagi
Kuat kan hati
Lawan semua ini

Maaf
Maaf
Maaf
Itu sahaja aku mampu kata dan taip kala ini

Saturday, November 29, 2014

andai kau tahu

Andai kau tahu
Malamku sentiasa dingin membeku
Tulus fikiran aku terjerumus dalam sepi
Kuntum perkataan dan perasaan hilang
Berganti hari dan minggu
Persoalan datang
"Apa aku kini kian bersedia jauh dari kamu?"

Kongsi rasa dengan manusia lain
Belum pasti apa aku rasa ini benar

Andai kau tahu
Siangku berpalit pelbagai rasa dan gundah
Tak seindah bila kau didepan mata
Kalungan noda tanya hanya sia sia
Jawapan pasti aku kian hilang
Rasa seperti semalam
"Apa aku memang sudah sedia?"

Jadi aku liha semula
Mungkin terlalu kuat mahu jadi jahat
Perempuan jahat yang tahu berdikari
Perempuan jahat yang tak perlu rasa dikasihi
Perempuan jahat yang hilang rasa cinta kerana insan itu tak sudi


Kuat hati tepis segala
Bila mahu taip jujurnya
Aku buang dengan segera
Hadap realiti
Insan itu bukan aku punya
Insan itu bukan aku punya
Insan itu bukan aku punya

Ah!
Ada cebis rasa ngilu pada hati
Sakitkah?

Cepat henti
Jangan taip lagi
Kita cuba perlahan lahan
Esok kita pasti dapat terima hakikat

Tuesday, November 18, 2014

kupasan memori

Percaya atau tidak
Bila setiap perkara yang berlaku
Pasti aku cuba gali persamaan dan penyelesaian

Jika kau kata kau diam atas sebab tertentu

Pasti kerana kau tak mahu lukakan beberapa hati dan perasaan

Jika kau kata ada sebab tertentu kau diam

Pasti kerana melibatkan hati dan perasaan seseorang

Tapi sedarkah kau?

Ia perkara yang sama
Kerana manusia yang sama
Dan aku bagai fahami seadanya

Tak sekelumit aku berpura
Aku hanya biarkan
Ia atas kehendakmu
Fikiranmu
Pilihanmu

Jangan dirimu terperangkap
Dalam perancanganmu sendiri

Oh ya
Jangan pula anggap aku
Dunia aku
Jalan aku
Tak bisa berputar
Tak bisa bernafas
Jika pilihanku bukan sama pilihanmu

between heaven and hell

Saat aku ucap aku cinta--
Apa yang kau rasa
Tiada apa?
Kosong?

Atau rasa bangga punya peminat rahsia dikalangan teman?

Saat aku ucap aku cinta--
Jawapan apa kau mahu beri
Jangan?
Biarlah?

Atau kau tak endah apaapa langsung?

Hidup aku terumbang ambing
Tak tahu mana mula
Tak tahu mana persimpangan hentian
Hanya aku tahu penghujung itu pasti

Jangan bandingkan pandangan pemikiran aku yang karut lagi kalut dengan hidup siapa siapa yang sempurna

Aku hanya mampu diam

Kini aku ucap mahu pergi
Apa yang kau rasa
Apa jawapan

Semua hanya rahsia
Rahsia hingga matimu
Kerna aku tak langsung layak mendengar kenyataan indah mahupun tragis dari mu


Buanglah--

Tinggalkan aku sepi antara syurga dan neraka...

Saturday, November 15, 2014

karut

Mungkin cuma aku yang bersemangat
Untuk terus cuba
Jadi
Maaf saja

Aku diam saja
Perlahan lahan buang semua

Terima kasih
Daun keladi
Kalau dah tak sudi
Kita tak perlu ketemu lagi

45days more to go

Hey
I got another 45 days
To show all the evidence
Of my love towards you
Just 45 days

What should I start first?
The definition or the explanation?
What should I write first?
The point of view or the factual?

Confusing lead me to the urge of frustrating
But I will try my best
To fulfill the day
Your day
My day
Our day
With beautiful moments
Promising something unsure
However it doesn't mean I'm going to giving up

This time I'm eager to make every seconds left as the best time ever

So lets continue our day darl
May Allah bless us


Friday, November 14, 2014

jika ada...

Jika ada malaikat yang sanggup tolong aku kala ini, pergi padanya. Lihatkan apa yang berlaku padanya. Tiupkan semangat padanya. Ucap padanya masih ada satu hati yang setia menantinya disini. Menanti dia untuk berpaling dari semua yang kelam.

Jika ada malaikat yang sanggup tolong aku kala ini, pergi padanya. Pulihkan dia. Kembalikan senyumannya. Buktikan semula hati dia berhak juga untuk bahagia..

Jika ada.
Jika ada malaikat yang sanggup tolong perempuan sepertiku memulihkan hati seorang lelaki yang aku cinta.

Jika ada.

November's love

90 hari
Kian berakhir
Dimana aku mahu letak hati ini?

Kenyataannya
Tak ramai mendoakan cinta ini wujud
Tak ramai senyum kala ia wujud
Tak ramai hati yang tenang dan berdenyut kencang kala kewujudannya

Tutup pintu itu sedikit
Ada beberapa hari lagi sebelum aku tutup sepenuhnya
Selebihnya aku berserah
Kalah tanpa bertanding itu tema
Yang ditetapkan oleh penonton
Menonton tanpa kelip mata
Tampak menarik
Tapi ia sadis dan tragis

Tinggalkan suku masa ini
Hadapi saat saat satu yang tertinggal
Bukan tarik diri tapi sudah kalah
Keputusan ada sebelum pertandingan tamat

Mahu tahu hadiah utama?
Sebuah memori bertaraf platinum
Kau tak akan jumpa walau guna mesin masa

Simpan dan kunci mangganya dengan apa jenis besi
Jangan pernah terbuka lagi
Perempuan kuat adalah perempuan jahat dan kejam
Dia kuat menangis tapi tak lemah hatinya
Dia kejam untuk jadi terbaik
Dia jahat kerana beri bahagia pada sesiapa sahaja
Tapi dirinya ranap bersalut noda dan nista

Biar apa saja yang mendatang
Petik satu perkataan
 'Aku berdiri kerana aku mahu
Aku mahu dan mampu
Aku mahu yang lain jauh
Jaguh dan laungkan
Kelukaan itu aku sulakan kewujudannya'


Cinta ini ajar aku jadi perempuan jahat dalam makna sebenar!

persetankan perasaan

Aku

Dia

Kami tiada apa apa
Hanya makhluk tuhan yang hidup walang
Mencari
Menjejaki sesuatu bergelar bahagia

Berjanji tiada luka lagi
Berjanji tiada parah lagi
Berjanji tiada sebarang fahaman songsang

Tentang hati
Tentang masa
Tentang segala melibatkan dia dan aku

Kami kini asing
Tiada apa apa
Senyum terlalu hambar
Malah kami sudah lupa apa itu senyum dan ketawa

Kasihan pada kami tuhan
Jadi mohon kami
Persetankan perasaan malang
Perasaan walang gundah berterabur
Berserabut

Bagi kami peluang kesekian kalinya
Rasa bahagia
Rasa tenang
Rasa senyum dan ketawa dengan ikhlasnya

Biar kami tiada lagi kami
Biar kami tiada lagi antara satu sama lain

Lainnya kami pasti
Mahu rasa indah seperti dulu
Biar
Biar
Bukan bersama
Tapi indah itu setia menemani
Hingga mati
Hingga nafas terakhir..

Doa aku
Doa dia
Doa pada semua
Tuhan beri kami indah itu

---

Saturday, November 1, 2014

october

Ia berlalu suram
Tangisi sesuatu yang tak terduga apa
Apa dan apa
Entah dimana apa yang ada

October berlalu
Seperti selalu ia suram

-- dan aku kini terjaga

Friday, October 31, 2014

description

Dia kata tiada apa
Tiada apa
Tiada kata
Tiada sebarang rasa
Untuk ungkap siapa aku
Kenapa aku
Mengapa aku

Adakah aku terlalu alien dimata kamu wahai lelaki bernama 'ami'?

Kali ini aku tak mahu mati
Tak mahu tinggal apa apa
Bangkit wahai hati muda
Jangan serah diri pada takdir
Hidup kamu lagi berharga dr segalanya

Saturday, October 25, 2014

matikan rasa ini

Semalam dia ketawa
Intim rasanya
Berkongsi segala rahsia
Satu persatu dalam jiwanya

Kemudian segala berubah
Hanya satu pusingan detik
Malam jadi siang
Dia jadi asing

Asing seperti mana dalam mimpi
Diam dan berpusing menghala jalan lain
-----

Dah hilang segala harapan
Harapan yang tak pernah ada sebenarnya
-----

Aku kata henti
Henti sebelum aku menangisi
... sesuatu yang kau nyata
hanya simpati bukan kasihi

Monday, October 13, 2014

kusut hati

Kau ada disisi
Tapi aku hanya rasa kosong
Sepi
Tiada bertanda

---

Kau turuti setiap kataku
Pintaku
Inginku

Kau dengar dan mendengar
Teman dan senantiasa menanti
Tapi ia tiada rasa bukan.

Kerna tiap langkah itu
Yang menemani kamu adalah memori dia
Cerita dia
Hidup dia
Keinginan dia
Kegemaran dia
Segalanya dia

Jadi dimana aku
Mana peluang yang dipinta aku
Tanpa duga
Tanpa sedar

Kau jua kejam
Wahai si kusut hati!

Thursday, October 9, 2014

finally apart.

dan tiba tiba
Semua kosong
Tak berbunyi dan berdenting
Hanya sayup rintik hujan berbaur tangis

Menangiskah langit
Lihat aku terkedu sayu
Dek dibuang manusia bernama kamu
dan aku cuba untuk menghilangkan diri
Membiar semua pergi selamanya

Terima kasih daun keladi
Andai ada ruang hati ini dilukai
Pasti kita bertemu lagi
Bertemu bukan sekadar menyakiti
Malah memastikan tiada lagi rasa bahagia
Mengulit semua rasa untuk berlalu
Mengotakan janji berpisah hingga mati

Siapa aku pada kamu
Manusia celaru yang tiada bernama
Berhati kayu tiada nilai dimata
Puisi ini terlalu walang
Kata kata terlalu tragis dan sadis

Bagi aku henti segera
Supaya gila ku tak melata

Wednesday, October 8, 2014

sawan soalan

apa kata kalau kita tukar hidup barang seminit
supaya aku dapat semua jawapan
mungkin
jawapan tentang mengapa dan apa..

berapa kali aku cuba gali dan gali tentang rasa dan jiwa
ah! berapa kali aku cuba untuk memahami
semua yang ada depan mata tentang kamu

bila menyendiri dan melarikan diri dari aku
pejam mata ini
dan semuanya diharap berlalu
tanpa perlu toleh lagi

aku berjaya hapus kamu dari depan pandangan
tapi diigauan mimpi
kau tetap hadir menggila
nyah dari segalanya kalau benar kamu tak mahu aku
ah! bodoh
kamu memang tak mahu
bukan takat sejilid cerita
malah sehelai muka cerita sahaja pun kamu tak mahu

persetankan segala
jiwa kacau dek kusut sementara
kau diam
kau hilang
memang itu yang kau mahu

jadi doa kita sama sama hilang
buat selamanya

sincerely

Biarpun berkeladak awan petang ini
Aku masih mengharap ada sikit titis hujan buat semua kelam pergi
Aku harap ada titik derap tapak hadir kamu di sisi

Kelam dan jauh
Itu definisi hidup aku kala ini
Penantian yang tiada makna dan kesan dalan diri

Mungkin ya
Mungkin tidak...

Melihat dari jauh pasangan tua
Dibawah kelam senja
Terbit rasa kagum
Bila aku mahu seperti itu
Atau lebih kata bila kamu dan aku seperti itu?

Maaf ia hanya soalan
Jangan risau
Aku cuma harap satu sahaja

Bila tiba..
masa senyuman kamu ikhlas pada aku..
ikhlas seperti kamu memandang dia
Ikhlas seperti kamu menunggu saat untuk bersama aku
Ikhlas seperti kamu menerima aku seadanya...

Bila...
Bila ?

Tuesday, October 7, 2014

huruf kelu

jangan taip apa yang kau tak mahu siapa tahu
jangan taip apa yang aku mahu kala ia membingungkan segala
himpit rasa dan hilang sebentar

cari lagi dan lagi

gali lagi dan lagi
hilang dan henti
semua terburai sepi

maka tamatlah nanti
sebuah cari gali rasa
yang sememangnya tiada lagi disisi

senandung cinta rahsia

apa yang ada didalam hatimu
itu satu rahsia buat aku mahu kamu

apa yang ada didalam hatimu
samaada ia tentang aku mahupun kamu
itu juga satu rahsia buat kita

kita mula berahsia
menjaga rahsia
dan berusaha untuk menyimpan sebuah rahsia

demi siapa
demi kita atau siapa

aku tahu walau dirodok bilah pada nyawa
rahsia itu selamat
hingga hujung hayat

senandung cinta yang tersemat abadi
untuk kamu pada dia bukan aku
tersemat baik baik hingga titik akhir rahsia

rahsia yang sangat kunanti penghujungnya
kemenangan yang tiada nilai buat aku
tapi segunung kejayaan buat kamu

namun aku masih menilai
bila tiba saat itu
masihkah kita mampu lagi

menyimpan rahsia seperti ini?

Saturday, October 4, 2014

yang terakhir

mencuba untuk menyusun tiap silangkata

Ada petunjuk namun masih kabur
Petunjuk tak nyata mana benar mana buruk
Memandang lelah pun aku tak mampu
Apatah menanggung beban seribu
Bertanya hanya bertanya
Tak mungkin kesudahan sama seperti dia
Dia atau mereka
Atau kita juga terpalit rasa...

Akhir jalan ini kelam dari titik mula
Samaada masih bersimpang atau henti berpenghujung, ia tetap rahsia

Rahsia seperti biasa
Tiada kesudahan...

Wednesday, August 27, 2014

lilitan Pertuan nista

Dia atau dia
Soalan mereka hampir sama

Siapa dan siapa
Tiada penghujungnya
Melukut rasa didalam hati
Harap ia jadi jadi dan jadi
Jangan ada belati dalam hati
Parah terluka tidak terperi
Menitis tangis darah
Langsung mati

Jawapan mereka jua hampir sama

Apa apa dan ada
Ia hampir dekat tali perut
Isi dan isi hingga penuh
Tak endah apa dan apa
Janji ada janji rasa
Bahagia dalam tanah tahi dan apa saja
Janji dan janji bahagia selamanya
Kononnya

Jadi aku sediakan
Satu manuskrip
Tak berapa indah tapi bernyawa
Gadai janji dan gadai diri
Manuskrip itu ada lagi
Apa saja dia cakap
Apa saja dia keluh
Tertulis oleh rapi si penjaganya

Hentam salah
Hentam betul
Ini lilitan, Pertuan nista

'bukan' jodoh

Kalau bukan jodohnya.
Tiada apa yang dikecapi dia--

Kau yang terindah
Dalam hidupku tak mahu aku mencari yang lain..

Tapi ia hanya mimpi
Mimpi ngeri yang akan berakhir tak lama lagi
Liku liku jalan yang bernadir hina
Maka buka mata aku seluasnya
Seluas jawapan yang terbentang--

Buat benci yang melata terhenti
Biar tangis yang sentiasa menemani--

Tapi aku tetap aku
Bukan milik dia atau sesiapa
Dan kamu tetap kamu
Bukan milik aku atau sesiapa--

Kini telah ku sedari
Diri ku tak sedia menanti sesiapa
Namun
Ia andai kau tahu
Memahami dan mengerti aku semahumu--

Jodoh

Jodoh aku berbelit rasa
Namun buat kuterharu

Rasa terharu
walaupun dia atau aku tahu

kami takkan jadi milik antara satu sama lain Tapi kami selesa begini--

Rasa
melindungi
menjaga
menghormati
melengkapi
memerlukan
memahami
dan apa sahaja yang kami rasa
antara satu sama lain

Dan kami pilih untuk begini saja
hanya begini--
sebab kami tak tahu
penghujung cerita kami
sebagaimana-

kami juga ada rahsia
rahsia rahsia hati dalam tulang temulang kami
mencari dan menggali rasa yang kian tersisa dan tersisih untuk hari hari esok--

doa kami baik baik sahaja untuk mereka mereka yang kami sayang selamanya--

Saturday, August 23, 2014

AMI II

Ku doa rasa ini mati
Terhenti disini tiada berlarutan
Ku doa rasa ada ini tidak memudaratkan aku mahu kamu--

Walau aku tahu aku sedar dalam tak sedar
Walau aku tahu kamu tak sedar dalam sedar--

Lebih dari segalanya aku rasa
Indah
Perit
Malu
Mahu bersama walau rasa tak sama
Walau rasa tak sampai--

Kau mahu dia
Dia mahu aku
Aku mahu kamu--

Kita mahu sesuatu yang tak sama
Mereka heboh minta aku henti
Henti
Henti lagi
Berhenti dari segalanya--
Sedang aku mahu cuba

Walau hanya sekali
Izin aku cumbu kamu
Izin aku sayang kamu
Izin aku tunai rasa cinta yang tiada tanda--

Permintaan hati ini infiniti
Jadi ia tersia juga tiada berjiwa
Reput tiada sisa
Hilang tiada rasa--

.
..
...
Ia kekal rahsia
Sama ada ada, sama ada tidak.

lolongan jiwa

Kau menafi rasa yang ada
Berselongkar rasa hingga perjelas suasana
Kau lari lari dari paksi realiti
Buntu dan  terhenti--

Tak duga pemilihan hati sejauh ini
Pekik lolong untuk sedar
Tapi


Sayang
Sayang--

Mati lagi hingga tak disangkal logik
Dayungan sumbang
Kau dihimpit gelombang soalan--

Berulangan rasa
Tapi
Pasti

Ia kini tiada tawa
Walau nyawa.

tanda cinta

Orang kata bila bercinta kita perlu tahu sejauh mana rasa cinta itu supaya tak tersasar;

Orang kata bila bercinta jangan ditunjuk rasa cinta itu, simpan jangan siapa tahu nanti malu sendiri;

Orang kata bila bercinta jangan diharap apa apa..nanti sesal tiada berkesudahan;
Tapi itu orang kata..penat dengan apa saja orang kata..jadi

aku mahu buat apa yang aku kata..

Ia rahsia tiada berkata
Tiada jejak dan bertanda
Kalau nampak adalah ia;

Kalau tiada matilah ia.

Thursday, August 7, 2014

kerana dia

Berpusing seketika
Saat adrenalin menghadam hasrat
Hasrat mati hasrat hati
Hati mati hati ini
Ini yang terakhir yang indah

Indah dalam tulus dia
Tulus membenam jujur dan spekulasi
Jadi sahabat dalam pernyataan
Lalu wujud pelbagai tawa dan sarkastik bahasa

Entah diendah entah dibiar
Ronyok jasad ronyok emosi
Tinggal saja tulang temulang
Entah berdaging sisa entah tiada inti
Usang dalam kekebalan menatap esok

Jangan tangis
Jangan beratkan hati
Kerana dia
Kerana aku
Masih mencari

kemanisan jujur

Berbondong perkataan boleh aku himpun hanya untuk jadikan bukti apa yang aku rasa
Apa yang dia rasa juga

Dia mencari aku juga dalam pencarian
Apa yang dicari tidak diketahui
Mungkin dia tahu
Mungkin aku tahu
Tapi hati ini tahu ia masih kabur

Senyum jiwa tak janji apa apa
Harapan palsu walau dilihat nekad menjadi nyata
Soalan demi jawapan masih dalam tingkat pemilihan

Jalan mula sudah dipertengahan
Jalan akhir masih dihadapan
Berpaling semula dia kalah
Berpaling pergi aku kalah
Aturan diolah lalu gerak formasi hati berubah

Niatku kalut niatnya teratur
Tapi masih dipertengahan
Persimpangan atau jalan mati
Hanya dia
Hanya aku
Yang tahu tiada sangsi
Hati setia menemani

dan aku membiar diri berdiri disini
Gerak ku terhenti
Teruskan pencarianmu
Doaku dia tak henti selagi tiada yang berganti
Kutemani sampai nafas akhir

Seikhlas hati dan jiwa

Thursday, July 3, 2014

AMI

Kau lari kehujung dunia
Kau nafikan rasa yang wujud

Andai dia jodohmu

Pusingan itu hanya berakhir
kala bertemunya


Cintakah ini?

cinta belukar

Kau rasa cinta itu mudah
Rasa
Lafaz
Lerai
Bersatu

Jangan hina cinta semudah itu

Cinta datang tanpa sebarang tanda
Datang tiba tiba
Tanpa kau tahu ada benar dia penghuni cintamu atau jasad persinggahan sahaja

Cinta ada temu sejuta soalan
Sakit
Benar
Dalam hati yang kononnya bertanggungjawab untuk setiap keputusan
Sedangkan akal yang menemani sejak azali diperlekehkan

Tangis tawa tak semua sebab yang sama
Syarat peraturan yang abstrak
Pengesahan kelulusan yang libatkan semua pihak dan organ dalaman

Jadi siapa kata cinta itu mudah
Jangan
Jangan menafikan jika kamu sendiri tak mengetahui

Dengar
Ada satu ketukan cinta lagi

Tanya dia sebelum buka pintu jawapan
Semoga berjaya

kecil

Sama erti dengan tulisannya
Kecil bermakna ia kerdil
Tak mampu dilihat oleh mata realiti mahupun mata hati

Kecil
Jika ia hilang jangan bertanya
Sebab.
Ia terlalu kecil untuk dipersoalkan
Ia terlalu kecil untuk dicari alasankan

Baik
Duduk diam
Biarkan ia diperkecilkan
Jangan memberatkan hal kecil remeh
Pandang depan
Ada jutaan hal kecil yang kau patut utamakan

Thursday, April 17, 2014

Wacana Pemilihan

semalam aku buntu
esok mungkin juga begitu
aku harap ada terbit sinar di ufuk sana
tapi masih jua sama tiada beza

hey!
jangan melankolik dalam pemilihan
hati dan akal biarkan ia bergabung
bukan meninggalkan satu sama lain

hey!
kamu disini
jasad sudah terkubur jadi jangan salahkan sesiapa
jika tiada tangan untuk disambut
kasih untuk dipupuk
biarkan ia reput dalam jahil pemilihanmu?

senyap
diam
biarkan akal berfikir secara rasional bukan simpati

diam
diam

lalu

mati?

Monday, April 14, 2014

Vacancy

aku mahu cari kerja baru
ada tempoh dua bulan untuk melangkah jauh dari sini
tolong aku jika mahu tolong

terima kasih