Friday, November 14, 2014

November's love

90 hari
Kian berakhir
Dimana aku mahu letak hati ini?

Kenyataannya
Tak ramai mendoakan cinta ini wujud
Tak ramai senyum kala ia wujud
Tak ramai hati yang tenang dan berdenyut kencang kala kewujudannya

Tutup pintu itu sedikit
Ada beberapa hari lagi sebelum aku tutup sepenuhnya
Selebihnya aku berserah
Kalah tanpa bertanding itu tema
Yang ditetapkan oleh penonton
Menonton tanpa kelip mata
Tampak menarik
Tapi ia sadis dan tragis

Tinggalkan suku masa ini
Hadapi saat saat satu yang tertinggal
Bukan tarik diri tapi sudah kalah
Keputusan ada sebelum pertandingan tamat

Mahu tahu hadiah utama?
Sebuah memori bertaraf platinum
Kau tak akan jumpa walau guna mesin masa

Simpan dan kunci mangganya dengan apa jenis besi
Jangan pernah terbuka lagi
Perempuan kuat adalah perempuan jahat dan kejam
Dia kuat menangis tapi tak lemah hatinya
Dia kejam untuk jadi terbaik
Dia jahat kerana beri bahagia pada sesiapa sahaja
Tapi dirinya ranap bersalut noda dan nista

Biar apa saja yang mendatang
Petik satu perkataan
 'Aku berdiri kerana aku mahu
Aku mahu dan mampu
Aku mahu yang lain jauh
Jaguh dan laungkan
Kelukaan itu aku sulakan kewujudannya'


Cinta ini ajar aku jadi perempuan jahat dalam makna sebenar!

No comments:

Post a Comment