Thursday, January 19, 2012

Heaven

Dari sisi hujung tangga kusam
ku duduk menunggumu
ditanganku ada satu harapan untuk malam ini
dibahuku ada satu impian untuk malam ini
Dari sisi hujung tangga kusam
ku duduk menanti kata darimu
dibibirkan ada puluhan kata cinta mahu diucapkan
dimataku ada jutaan riak goda sayang mahu disampaikan

hanya untukmu
rasa bahagia yang paling indah dalam mimpi

dari sisi hujung tangga kusam
aku masih menanti

Halimunan

Dipeluk rakus aku dengan segala keaiban
memerit hingga ke dasar jiwa hitam
ngilu dengan pelbagai rasa
mahu ku laung
mahu ku pekik agar tiada lagi yang menjaja

Menggulungku dalam satin kelam penipuan
menapak aku langkah demi langkah
jauh dari mata hitam manusia
lari aku
lari lagi
bawa segala harta yang ada
lari laju hingga aku terparah jatuh

biar dipenghujung ada tangan menghulur
tapi itu dia
dia yang membunuh aku
abaikan
abaikan segala mereka yang hitam
mencuba merampas segala hak ku
mutlak tiada kongsi

ku lontarkan bola kurungan kebebasan
agar yang ada dalam pusinganaku hanya aku dan milikku
hartaku!

-dari pandangan seorang wanita yang kian kehilangan.

Monday, January 16, 2012

Zombi X

pulangkan! pulangkan!

aku mahu masa dan tawa dan nangis aku dipulangkan
semua yang aku bazirkan dalam mengenal kamu

pulangkan! pulangkan!

aku mahu bahagia dan ceria dan indahnya aku dipulangkan
semua yang aku korbankan dalam mengenal kamu

kutip kembali cerita kosong yang kau wujudkan
kutip kembali nada hiba yang yang kau alihkan dalam membentuk segala rasa
kutip kembali sisa sisa senyuman memulaukan aku

dan pergi dengan hinanya kamu
kerna tiada lagi erti cinta dan sayang dan kasih aku pada kamu yang berjiwa ZOMBI berjenis X

Bentes

satu persatu biji biji berwarna itu
ku telankan dengan laluan cecair
perit
pahit
calit demi calit debu debu berwarna itu
ku sapu diatas calar kulit
hodoh
hantu

mahu aku sempurna mungkin
mahu aku seindah mungkin
mahu aku sebahagia mungkin
tapi aku tiada rasa
tapi aku tiada layak berdaya

jadi mahu aku bentes diriku sendiri
agar tiada lagi tawa memaki
agar tiada lagi pekik mengeji
salah jalan
salah pilihan

tapi aku mahu jadi sempurna mungkin
tapi aku kesekian kali salah memilih

Bulatan Obsesi

Berpusing memori aku
berpusing pusing pusing tiada henti
melilit kata ganti diri untuk wujud dalam talian hidupmu
berhempas akal aku
berguling terjatuh terhunus pelbagai rasa
masih sama tapi ia tiada erti
senyum dan nangis pada tika yang sama
gila
aku gila memikir
aku gila mencari
aku gila menanti

argh!
dadaku sesak
berlumba oksigen masuk dan tiada udara kumuhan yang dihasil
aku senak
aku sesak
aku bagai tiada nyawa
sakit! sakit! sakit!

ucap saja kata benci
ucap saja kata henti agar aku kembali ke tanah bumi realiti

Kehancuran Damba Cinta

matilah kata itu
bunuhkan ia lalu tiada tumbuh

buangkanlah makna yang hilang maruahnya
kambus dan tanam jauh kelapisan tanah busuk
maka tiada lagi yang tertipu dan terlara
hilang hilang hilang dan terseksa

berdiri kamu dibelakang aku
ini pengakhiran sebuah permainan
bakar! bakar!
hapuskan semuanya rasa itu
bakar! bakar!
hancurkan ia menjadi abu perasaan

permainan kini tiba penghujung
kamu masih ada dengan aku maka kamu milik aku
pertuankan aku dalam hidupmu
agar tiada lagi kata damba rasa cinta
ku bantu kamu hapuskan
ku bantu kamu hancurkan

bakar! bakar!

Dentuman Kebebasan

Dentum dentum rontaan kata memekakkan jiwa
perlahan aku tarik daun pintu hati
cuba membuka dan melepaskan huruf demi huruf
agar tersusun satu satu dengan kemas
namun satu huruf tersepit lalu kehilangan satu makna kata yang benar!
terlerai langsung daun pintu
terhempas kuat lalu keluarlah semua nyaringan kata dan perasaan
terlalu padat dan sempit
hanyir juga baunya
memenuhkan denai laluan
asing dan memualkan!

biar terasing tapi semuanya diluahkan
biar memenuhkan suasana tapi ini hakikat
biar mual hanyir hiba tapi ini kenyataan
rasa yang tersimpan dalam dekad yang lama
rasa memerit menyumpah jalan benar!

lalu kini kebebasan itu milik aku
ruang angkasaku penuh dengan kata yang mahu mati
tapi kini ia mula berjiwa kembali...

Tuesday, January 3, 2012

pemulauan hati!

aku benci bila ada rasa cinta dalam hati
aku benci bila ada rasa rindu dan memerlukan dalam diri
aku benci bila keinginan bersama tinggi sedangkan aku hanya bersendiri
tanpa kamu yang dungu
tanpa kamu yang jauh beribu batu

bodoh bila aku rasa kamu layak menjadi tumpuan cintaku
kamu tahu bila aku rasa cinta ia sama 
bagai menelan tosei basi sepuluh hari yang wajib dimuntahkan semula 
hanya kerana ku tak mahu sakit perut lagi

jadi aku pulaukan hati
pulaukan rindu
pulaukan kamu
yang dungu mempermainkan watak comel tapi menyakitkan aku

Pengakhiran

Sekian kali kau bermadah tentang memilih dan dipilih
kau suka memilih
gampangnya hidup ini
membuat keputusan sesuatu yang bangang

Sekian kali kau senyum dan meludah tentang penyesalan disingkirkan
kau suka dipilih
itu bukan benar
semuanya sesat dan memesong dari jalan sahih

buang sajalah semua kekesalan dan ini akhiran sebuah pemilihan
kau mahu jatuh kembali
kalau tidak mau
maka jauhkan segalanya
segalanya
segalanya
segalanya


bunuh mati
segalanya

"...bodoh!" laung hati lagi