Monday, January 16, 2012

Dentuman Kebebasan

Dentum dentum rontaan kata memekakkan jiwa
perlahan aku tarik daun pintu hati
cuba membuka dan melepaskan huruf demi huruf
agar tersusun satu satu dengan kemas
namun satu huruf tersepit lalu kehilangan satu makna kata yang benar!
terlerai langsung daun pintu
terhempas kuat lalu keluarlah semua nyaringan kata dan perasaan
terlalu padat dan sempit
hanyir juga baunya
memenuhkan denai laluan
asing dan memualkan!

biar terasing tapi semuanya diluahkan
biar memenuhkan suasana tapi ini hakikat
biar mual hanyir hiba tapi ini kenyataan
rasa yang tersimpan dalam dekad yang lama
rasa memerit menyumpah jalan benar!

lalu kini kebebasan itu milik aku
ruang angkasaku penuh dengan kata yang mahu mati
tapi kini ia mula berjiwa kembali...

No comments:

Post a Comment