Friday, September 23, 2011

Percaya padaku!


Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Pertama kali kulihat kamu
Berdetar dada ini
Indah! Tiada bandingannya buat pertama kali
Aku senyum penuh ikhlas
Ia terlalu indah

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Tiap kali menyampaikan kata yang ada hanya rasa gundah
Ingin dilihat cantik
Ingin dilihat sempurna
Tapi sayang aku hanya menjadi sebaliknya
Teruja merubah amarah yang akhirnya benci yang semakin cinta

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Aku melangkah terlalu lalu
Hingga tersasar untuk menyampaikan rasa
Matamu lihat aku bagai manusia tiada diri
Tapi sayang aku semakin parah
Merundung jatuh dan tiada tangan yang ingin kusambut melainkan kamu
Dan aku tersasar jauh dari daratan realiti

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Hari makin hari kukuatkan diri
Meluahkan rasa sebulat rasa
Biar diluah terus kelangit tujuh
Yang penting aku tak menipu dunia
Kamu senyum tapi bukan seperti yang aku mahu
Penuh tawa mengejek hina
Aku hanya ilusi disebalik bayang yang keterlaluan warnanya
Dan aku terus tenggelam kebumi nan tujuh

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Cuba teguhkan dirinya aku
Tujuh purnama masih belum cukup waktunya
Kuterjatuh lagi dan ia libatkan kamu
Walau aku hanya disebalik bayang
Tapi pandanganmu telus dank u termalu sendiri
Terjatuh dan terjatuh tanpa tali

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Digali seluas bumi belum tentu aku mahu
Direjam seluas laut belum tentu aku mampu
Aku hilang dan terus hilang
Biar mereka pandang kata aku kukuh dan tak mampu reput
Kerana aku hanya ilusi disebalik bayang yang keterlaluan warnanya

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Hari ini aku yakin dan benar ini kisah aku bukan kamu
Hari ini aku yakin dan benar ini kisah aku yang libatnya masih kamu
Hari ini aku yakin dan benar ini kisah aku yang tiada hujungnya aku tapi kamu
Hari ini aku yakin dan benar ini kisah aku yang kian pudarnya aku tapi sinarnya kamu

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Maka mohon pergi dan biarkan aku bertuankan aku
Maka mohon terus hilang biarkan aku berdirinya aku
Maka mohon jauh dan jauh biarkan aku teguhnya aku
Maka mohon kamu bina kisah kamu dan tiadanya aku
Selamanya!

9:56pm, Friday, 23 September, 2011

Rawat Aku


Rawat aku yang kian mati
Rawat aku yang terluka parah
Rawat aku yang terjatuh hina
Rawat aku yang melupuh rasa
Rawat aku yang kian mati
Cinta dalam hati
Cinta yang mati
Cinta dalam hati
Cinta yang pergi
Cinta dalam hati
Cinta yang meragui ketulusan diri
Cinta yang memusnahkan kejujuran
Cinta yang membuang jauh segala perasaan!

9:38pm, Friday, 23 September, 2011

Cinta


Bukan aku untuk memiliki
Bukan aku untuk menangis
Bukan aku untuk menyayangi
Bukan aku untuk disayangi
Bukan aku untuk berada dilaluanmu
Bukan aku dipilih kamu
Bukan aku dihatimu

Jadi pandang pada luasnya langit
Jeritkan bahawa aku bukan kamu
Jeritkan bahawa kamu bukan kamu
Kita dilaluan berbeza
Yang jauh dari reality
Yang hujungnya asing
Cinta aku kaku
Cinta kamu hakiki

9:33pm, Friday, 23 September, 2011

Tiada Kata


Hayati lagu ini
Ia pilihan hatiku yang retak
Pilihan perasaanku yang kian musnah
Pilihan fikiranku yang tak mampu membuang kau jauh

Hayati lirik ini
Ia gubahan susun kata yang tiada gambar
Gubahan rasa yang menggunung tak mampu diluah
Gubahan akal yang menyatukan padu permintaan hati

Hayati waktu ini
Ia pegun seketika
Pegun menyelami rasa kehilangan kamu
Pegun mengumpulkan kekuatan baru
Pegun tiada kata lagi

Aku tiada kata lagi
Yang cinta itu maka cintalah
Yang benci itu maka bencilah
Yang hina itu hinalah
Yang tertinggal sepi itu akulah!

9:30pm, Friday, 23 September, 2011

Aku yang Asing


Wangi kau lalu
Wangi bagaikan oh bunga
Kau tak kenali
Aku yang selalu perhatikanmu

Berseri bagaikan bintang
Ku tak mahu kau kan hilang di waktu siang

Biar pun aku yang asing
Selalu memikirkanmu
Ku percaya cinta itu memang buta


Harap kau sudi mendengar
Deruan pujaan jiwaku
Melalui lagu ini ohh untukmu

Biar pun aku yang asing
Selalu memikirkanmu
Ku percaya cinta itu memang buta

Harap kau sudi mendengar
Deruan pujaan jiwaku
Melalui lagu
Lagu ini ohh untukmu

Dansa hati


Senyum dan melirik goda
Pada mata galak yang tiada noda
Tapi punya bahasa yang tiada satu makna
Mungkin jatuh dan mungkin terpaling jauh dari nyata

Senyum dan melirik manja
Pada hati yang menunggu dicinta
Pada tubuh yang tiada tuannya
Hilang jiwa dan kosong kata
Hapus segala rasa
Tinggal singgahan yang tiada tanda

Senyum dan melirik puja
Hulur tangan yang terpalit dengan tinta kata cinta
Tarik dan pahat pada ukiran utuh hati
Lalu berdansa
Bila nyata dia dipunya hingga tua

10:57pm, Monday, 22 August, 2011


Beri aku segalanya!


Aku disini menanti dan memahami
Aku disini menunggu dan menghadami kata
Aku disini membuang detik waktu dan menyusur jalan lalumu

Apa erti ini tidak sama erti lagi dengan lakumu?
Atau kau punya kata lain yang dapat menhuraikan patah lakuku?

Cinta dan benci itu rasa
Kasih dan setia juga rasa

Tiada yang tidak punya rasa walau mereka buta
Jadi siapa yang tidak punya erti seperti kamu?

Fikirkan dan berikan aku segala jawapannya kali ini!

10:49pm, Monday, 22 August, 2011

Tiada kamu


Aku putuskan untuk kata tiada putus
Aku putuskan untuk hadam segala cerita
Aku putuskan tiada lagi keputusan
Aku putuskan tiada cinta dan cita antara kita diletakkan dalam jiwa kita berdua
Biar yang terjelepok itu aku
Biar yang terhunus pedang persoalan itu aku
Biar berkecamuk sangsi itu aku
Biar yang membuang rasa itu juga aku

Kerana aku hanya berdiri dengan aku
Kerana aku tak perlukan kata hubung dari kamu
Kerana kamu dan aku tiada aku dan kamu juga

05:10am, Sunday, 14 August, 2011

Kata Pemecah


Dan pada hari ini aku memijak ke paksi realiti dunia
Kecam dan kejam lalu aku longlai dalam pelukan hangat aku sendiri
Disinari pandangan busuk seorang teman
Hujah yang tergantung dan tiada pecahan retak kubah ais
yang membeku antara hati dan jiwa milik kami
keduanya jatuh tak terbangun dek percayaan sendiri

mampus dan hancur tak berikat tali lagi
kata terperuk dalam kerongkong kesat
dan keduanya terbang dalam lapisan firasat sendiri

akhir aku katakan juga kata sejuta pemecah kosong
maaf!

05:06am, Sunday, 14 August, 2011

Lagu cinta Usang

Tak ku mampu meluahkan apa yang ada dibenakku
Selamanya
Tak ku mampu mengandaikan apa yang ada dimatamu
Kini

Tapi
Seandainya kau memilih
Untuk bersamaku

Tapi
Seandainya kau memutuskan
Untuk bersamaku

Kukibarkan sayap redup menerimamu
Kupeluk erat tubuhmu
Agar memahami cinta ini
Adalah untukmu

Kupersembahkan layar alunan jiwa raga inda
Padamu
Agar kau menyentuh segala rasa dan beralih

08:52pm, Monday, 8 August, 2011

Sunday, September 4, 2011

Lupusan cinta

andai dapat diundur empat tahun lalu
andai dapat diulang masa nan jauh
andai dapat didekatkan hati pada masa itu
andai dapat diungkap kata rindu

maka aku bukan lagi aku pada kini

andai kau bisa ucap
aku mampu luah segala
andai kau bisa ucap
aku mampu cerita segala

maka kau bukan lagi kau pada masa kini

jadi biar masa dimakan masa
biar hati dimamah rasa
biar cinta dilupus cerita

kerana kau adalah kau kini
dan aku adalah aku kini

hey! senyum
kita masih sahabat