Friday, September 23, 2011

Percaya padaku!


Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Pertama kali kulihat kamu
Berdetar dada ini
Indah! Tiada bandingannya buat pertama kali
Aku senyum penuh ikhlas
Ia terlalu indah

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Tiap kali menyampaikan kata yang ada hanya rasa gundah
Ingin dilihat cantik
Ingin dilihat sempurna
Tapi sayang aku hanya menjadi sebaliknya
Teruja merubah amarah yang akhirnya benci yang semakin cinta

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Aku melangkah terlalu lalu
Hingga tersasar untuk menyampaikan rasa
Matamu lihat aku bagai manusia tiada diri
Tapi sayang aku semakin parah
Merundung jatuh dan tiada tangan yang ingin kusambut melainkan kamu
Dan aku tersasar jauh dari daratan realiti

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Hari makin hari kukuatkan diri
Meluahkan rasa sebulat rasa
Biar diluah terus kelangit tujuh
Yang penting aku tak menipu dunia
Kamu senyum tapi bukan seperti yang aku mahu
Penuh tawa mengejek hina
Aku hanya ilusi disebalik bayang yang keterlaluan warnanya
Dan aku terus tenggelam kebumi nan tujuh

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Cuba teguhkan dirinya aku
Tujuh purnama masih belum cukup waktunya
Kuterjatuh lagi dan ia libatkan kamu
Walau aku hanya disebalik bayang
Tapi pandanganmu telus dank u termalu sendiri
Terjatuh dan terjatuh tanpa tali

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Digali seluas bumi belum tentu aku mahu
Direjam seluas laut belum tentu aku mampu
Aku hilang dan terus hilang
Biar mereka pandang kata aku kukuh dan tak mampu reput
Kerana aku hanya ilusi disebalik bayang yang keterlaluan warnanya

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Hari ini aku yakin dan benar ini kisah aku bukan kamu
Hari ini aku yakin dan benar ini kisah aku yang libatnya masih kamu
Hari ini aku yakin dan benar ini kisah aku yang tiada hujungnya aku tapi kamu
Hari ini aku yakin dan benar ini kisah aku yang kian pudarnya aku tapi sinarnya kamu

Percaya padaku, bahawa ini kisah aku bukan kamu
Maka mohon pergi dan biarkan aku bertuankan aku
Maka mohon terus hilang biarkan aku berdirinya aku
Maka mohon jauh dan jauh biarkan aku teguhnya aku
Maka mohon kamu bina kisah kamu dan tiadanya aku
Selamanya!

9:56pm, Friday, 23 September, 2011