Thursday, April 4, 2013

Satu malam lagi.

aku tak pernah bercerita pada sesiapa.
tentang satu rahsia.
ya. tentang rahsia kita.
siapa kita.
kau dan aku.
kita melaluinya dua malam.
kini aku perlukan satu malam lagi.
untuk fahamkan bahawa hati kau hanya untuk aku.

malam pertama.
aku hanya beku.
mahu maki hamun kau sekuat suara.
biar satu dunia tahu kau bukan sesiapa.
hingga mampu buat aku terdiam dan membeku di pembaringan.
apa helah agenda kamu hingga aku hanya 'diam'!

malam kedua.
aku masih beku.
ingin cuba bicara.
tapi tiada juga kekuatan.
kau berlalu dengan sapaan terakhir?
tidak. kau hanya berlalu dengan pandangan kecewa.
ah!

malam ketiga.
aku masih menunggu.
bila?

kerana aku mahu sampaikan padamu.
aku harap kau mati dan tidak wujud lagi dalam mimpiku!
biarkan aku tenang dipembaringan!
mana mungkin kau wujud dan bermaharajalela dalam imaginasi hitamku.
kau tidak punya hak.
secebis mungkin juga.
jadi pergi dan dengan ikhlas aku halau kamu!

No comments:

Post a Comment