Thursday, December 16, 2010

hadiah hari lahir

tiada kata dapat digubah puisinya
tiada irama dapat disusun lagunya
ah! hati melankolik lagi

ingin ku gigit memori semalam
ingin ku telan kenangan malam ini
ah! hati melara lagi

andai dapat kubuang satu salur otak yang bernama kamu
andai dapat kuputuskan laluan sel merah putih berpatri wajahmu
ah! hati mengarut lagi

sudahlah!
hanya mahu ucap
selamat ulangtahun kelahiran

hadiah dari aku kepada kamu
sebuah doa kebahagian dimasa hadapan!

hadiah dari kamu buat aku
sebuah kembara lara tiada penghujungan!




No comments:

Post a Comment