Sunday, December 12, 2010

dummy

dinda..

hidung kau merah lagi
mata bundar kau berair lagi
bila masa kau mahu normal lagi?

dinda..

berapa tapak langkah kau maju
berapa tapak langkah kau tersungkur
berapa kali tangan kau gamit ke langit
berapa kali tangan kau dilepas pergi
mata mereka melihat
mulut mereka mencemuh
kepala mereka mengangguk
kepala mereka mengeleng
kata mereka nista
tawa mereka syaitan nirojjim

woi!

persetankan semua itu dinda
kau jalan mana kau mampu
kau merangkak
kau menepis
kau berlari
mereka juga disisi
itu karma

dinda
kau jangan lari
kau jangan sedih
ingat aku ada
aku ada dinda..

aku ada dalam diri kau
diri kau yang juga aku!


No comments:

Post a Comment