Wednesday, July 20, 2011

Pandang Aku Juga SAMA

Dulu
Kau pernah ucap kata yang aku biasa dengar
Kau biasa luah kata yang aku tak kisah untuk dengar
Kerana aku tiada endah untuk menidakkan apa yang ada

Semasa
Kau juga biasa ucap kata yang buat aku diam
Kau juga tahu apa yang ada dibenakku lalu kau bunuh satu persatu
Hingga aku terus kelu membenarkan yang tiada

Kini
Kau masih sama meletakkan aku dibawah lampu sorot yang tiada cahaya
Kau masih setia bersama ayat pembunuh jiwa tanpa ngerti aku biasa jatuh dan bangun sendiri juga kala ini
Kau masih katakan aku terlalu negatif kala fikir paksi adil itu bercerita dengan bayang-bayang kau saja
Kau masih ada warna untuk puaskan aku pelbagai alas an yang aku salah kau benar

Lalu kala ini, aku mohon pandang aku juga seadanya manusia yang lahir dari rahim yang sama dan mampu juga berkeputusan untuk berlalu sepi. Titik!


10:19pm, Wednesday, 20 July, 2011

No comments:

Post a Comment