Wednesday, July 6, 2011

Dan aku melepuh!

Dan aku menangis kesyahduan

Kehilangan kata dalam realiti


Mahu ku lari ke gunung

Meraung ke lautan

Menendang alam yang memandang aku kejelekkan

Dan aku menangis kelesuan


Pada peristiwa lampau yang kelam

Kian tenggelamkan aku hingga tak berdaya


Jatuh dan jauh

Aku ingin menangis

Meratap lalu hilang tersorok terperonyok


Dibalik kain pelbagai warna hidup

Disaksi manusia bertopeng hina binatang


Timbuskan aku kedalam tujuh lapisan bumi

Terbangkan aku keatas tujuh lapisan langit

Hingga tiada lagi wujudnya aku

Yang kini bukan aku


Kerana tiada saksi yang katakan aku adalah bukan aku

Yang dulu…


6:10pm Monday, July 04, 2011

No comments:

Post a Comment