Wednesday, July 6, 2011

Rapuh mengampuh!

Kala aku lahir, apa yang aku idam?

Kala aku membesar, apa yang aku impi?

Tak semua kata aku dapat jawapan

Tak semua peristiwa aku dapat bahagia


Jika membunuhku buat kau senyum

Maka bunuh aku semahunya

Jika menghapusku sama erti bahagiamu

Maka hilangkan aku dari bumi ini


Aku kibar sayap rabak

Yang aku kumpul kudratnya dua dekad lalu

Aku terbang tanpa sedar

Lukaku makin parah berdarah


Saat kau menolak pemergianku

Kau buat aku kembali

Kau tahu aku lemah tanpamu

Kerana adanya aku adalah keranamu


Aku berpusing dari jalan

Menongkah arus yang janjikan kepalsuan

Ku tinggalkan arah gemilang hidup

Hanya ingin lihat kau senyum ikhlas


Mana mungkin awan gelap jadi cerah

Sekelip mata tinggalkan noda

Namun hatiku tulus mahu kembali

Agar hilang semua cerita dusta


Pemilihan noda akhirnya juga noda

Tersorok aku jatuh

Dirempuh hina maruahku

Kau kata aku tiada layak milikmu


Apa lagi cerita jika aku hanya pesalah

Digigit bibir aku masih aku

Tak mampu jadi puteri segala

Maka hinanya aku untuk jadi sempurna


Dan kini aku berdiri

Antara raungan panggilanmu

Antara realiti kemahuan bahagia erti sebenar

Mana mungkin kau menang?


Jika kau palitkan segala tahi dalam memori

Jika kau kata terbunuhnya diriku adalah kerana..

Egomu!


10:05pm Sunday, 3 July, 2011

No comments:

Post a Comment