Saturday, July 30, 2011

Rahsia

Kau bukan dibentuk dari tanah merah hanyir

Kau bukan dibentuk dari seketul daging busuk

Hingga kau letakkan diri kau dibalik lapisan nadir hina

Hingga kau musuhkan diri kau dengan dunia

Maka bentukkan semula ketentuan diri kau

Yang antara tujuh lapis langit

Yang antara tujuh lapis bumi


Kau dibentuk kerana sebabNya

Guna akal yang ada seadanya

Guna jiwa yang ada dengan seadanya

Bukan disoal pada siapa siapa empunya

Bukan diserah pada siapa siapa hendak

Yang hilangnya maka tiada jumpa

Yang kembalinya maka tiada sama


Ku hanya berdiri disisi

Ku hanya menyaksi apa yang jadi

Bukan menjadi seperti apa yang menyaksi

Bukan mengetahui seperti apa yang menjadi

Bukan aku

Bukan kamu

Hanya mereka yang berdua

Hanya mereka yang dipunyaNya


Kerap kau utus tanda tanya

Adakah benar

Adakah salah

Hanya aku mampu kata

Kau laku ia jadi tiada jalan pulang

Kau kata bukan

Kau kata tapi

Kau kata pelbagai lagi kata hubung

Kata hubung yang tak menghubungkan sebab dan akibat

Dan akhir kau kaku

Dan akhir kau kayu

Tegak tiada tolak

Kukuh tiada guna


Akhirnya kau hilang

Dan pulang tiada lagi sama!


11:57pm, Friday, 29 July, 2011

No comments:

Post a Comment