Wednesday, July 20, 2011

Tiada niat untuk MENIPU

Sebenarnya aku terlentang kenyang
Hadap patah tipu manusia
Jadi aku tak kisah andai aku turut serta dalam pesta menipu

Aku jalan dalam pesta
Makan dengan pelbagai cerita
Minum dengan segala ketawa
Berdekah dekah
Sampai tak hirau minuman yang tumpah habis ke baju dan seluar
Basah!

Aku jalan lagi
Macam macam tawa lagi
Ada yang menangis sampai tak sedar diri dimalukan
Yang penting sama sama menipu
Aku cuma mendengar tapi jaga tidak mahu terlalu jauh lalu ralit

Lalu bila tiba dipenghujung
Aku semakin jauh
Hingga ralit
Pesta mahu habis aku masih berdekah tawa
Tanpa duga aku pula bercerita
Berdekah lagi mereka tawa

Tapi aku
Tiada niat untuk menipu

Tapi aku
Juga berdosa!

08:29pm, Wednesday, 20 July, 2011

No comments:

Post a Comment