Wednesday, July 6, 2011

Noda Nyawa

Aku kenalimu pada satu tika waktu

Kau tersenyum membalas tanpa ikhlas

Kau buat aku teruja dengan dunia khilafmu

Kau buat aku fikir beberapa pusing waktu demi kamu

Bila ditenung mendalam

Tiada malu dalam erti kata hidupmu

Tiada jujur dalam perkataanmu


Hingga aku menjauhi

Kau tarik aku dalam pelukan gilamu


Aku berlari

Hingga hilang nafas terakhir

Berambu airmata menjerit

Membuang rasa hitam

Lelah hampas hina jalang


Kau hunus pedang kejantung

Agar aku turut kata

Tak mahu mati dalam tawa

Kau simbah cuka caci

Agar aku berdarah derita


Gilamu bukan sekali

Hingga aku hilang tapak langkah

Kau jejak kedasar palitan desah nyawa

Yang pasti aku dikuburkan kamu!


11:56pm Monday, 4 July, 2011

No comments:

Post a Comment