Wednesday, July 20, 2011

Kehilangan Kunci

Jangan persoalkan tentang kehilangan dengan aku

Setiap hari aku menyusun waktu agar dipertemukan

Setiap rasa yang ada aku penuhkan dengan harapan agar segala dipermudahkan


Jadi persetankan bahasa kamu yang menunding

Aku meninggi diri disini kerana aku mampu dan aku tahu kau faham erti kata aku

Jangan

Aku kata jangan hitung soal kehilangan dengan aku


Biar hilang yang mudah

Biar hilang yang susah

Aku faham dan sangat tahu


Jadi jangan

Jangan diperkatakan lagi

08:13pm, Wednesday, 20 July, 2011

No comments:

Post a Comment