Wednesday, July 6, 2011

Pemilihan Dunia

Aku pilih font Cambria saiz 11

Aku taip cerita luka

Milik kamu dan kamu yang memandang


Mana ada matahari biru

Semua warna milik cahaya pasti cerah

Jadi kenapa aku tak boleh milikinya


Aku pilih warna kelabu

Bukan juga pilihanmu

Ia tak sepadan dengan merah yang menyala

Tenggelam dalam lautan fikiran manusia


Berbondong-bondong mengalir kata dan suara

Hapus segala tanya

Aku rasa dunia mahu kiamat

Tanpa bagi sebarang tanda


Kau kata aku gila kerana masih ramai tak sedia

Peduli pada mereka jika kau sendiri ketakutan

Sendiri pilih jalan lain

Sendiri pilih diluar batas

Akhirnya kekalutan dalam akal

Remukkan segala takdir


10:23pm Sunday, 3 July, 2011

No comments:

Post a Comment