Saturday, August 6, 2011

06 Ramadhan 1432H

Melepak dihujung penjuru luar café

Menghadap skrin tv saiz lebar

paparan berita terkini stesen televisyen swasta

meneguk Ribena ais- anggur pekat kelat manis

lidah masih bersisa gravy lada hitam pedih


sedetailnya aku huraikan persis apa yang aku perlu lakukan:

berdiam sambil termenung?


Disisi kiri gadis berwajah gebu mulus senyuman

Dihadapan kanan lelaki bermata gadis sejuk pandangan

Tersenyum antara dua

Menyimpan sebuah cerita

Aku bagai menulis sebuah cerekarama

Dan juga mungkin mula menjadi penglipur lara


Kata Fared:

“Rindu itu bukan rasa, tapi hukuman untuk yang tak cukup berani buat keputusan…”


Jangan menipu andai dalam hati ada satu senyuman yang aku sendiri rasakan.

Biar yang merindu itu bukan aku

Biar yang dirindu itu bukan juga aku

Yang libatnya hanya dia dan kamu

Yang senyuman masing-masing tersimpul

Tiada keluhan kecewa atau sengaja

Tiada menafi atau menidak akan sebuah pertemuan yang menjanjikan cerita

Jadi mahu senyum dan bersenda atau membuat satu keputusan?


Kata Fared:

“Kadang-kadang, dengan tidak membuat keputusan itu adalah satu keputusan…”


Maka, pulang saja dan berharap esok masih ada untuk senyuman kedua!


10:16pm, Saturday, 6 August, 2011

No comments:

Post a Comment