Tuesday, January 3, 2012

Pengakhiran

Sekian kali kau bermadah tentang memilih dan dipilih
kau suka memilih
gampangnya hidup ini
membuat keputusan sesuatu yang bangang

Sekian kali kau senyum dan meludah tentang penyesalan disingkirkan
kau suka dipilih
itu bukan benar
semuanya sesat dan memesong dari jalan sahih

buang sajalah semua kekesalan dan ini akhiran sebuah pemilihan
kau mahu jatuh kembali
kalau tidak mau
maka jauhkan segalanya
segalanya
segalanya
segalanya


bunuh mati
segalanya

"...bodoh!" laung hati lagi


Thursday, December 8, 2011

Sunyinya Hati

memilih atau dipilih
membimbing atau dibimbing

menyayang atau disayang
mencintai atau dicintai

memiliki atau dimiliki?

aku dimana?

andai aku memilih, hebatkah aku untuk memilih
andai aku dipilih, layakkah aku untuk dipilih
andai aku menyayang, cukupkah aku disayang
andai aku mencintai, indahkah aku dicintai

andai aku memiliki, sampai bilakah aku dimiliki?

sepinya hati tiada jawapan
umpama kosong beribu tahun tanpa irama iringan
umpama tawa hambar yang tiada nada 

benci aku melihat kebelakang yang dingin dan kusam
benci aku pada satin kisah yang tak begitu terang 
sebak aku mengingati kiraan memori
tercabar impian terobek perasaan

ku mengejar bila dan dimana
aku tak sabar
ku meredah belukar persoalan
ku memanjat gunung jawapan
tiada satu penghujungan!

dan kesekian kalinya
aku merasa sunyinya hati!