Wednesday, August 8, 2012

Paranormal

Apa kaitnya malam dan bintang?
Jika ditanya pada hati.

Apa kaitnya nafsu dan hati?
Jika ditanya pada iman yang secangkir cuma.

Jawapan mendap dalam kelibut persoalan
Hidup indah bak angin songsang memecah sunyi dalam diam
Meninggal tepu nada bengkok yang kelam
Tak sia dibuang tak nyesal disimpan
Lalu punya siapa lagi persoalan

Apa kaitnya darah aku dan kamu?
Jika ditanya pada yang menjadiku.

Apa kaitnya terma persengketaan antara jiwa?
Jika ditanya pada semua yang ada dalam hubungan nyata tak terbela
Hanyut dan hanyir berlalu perlahan
mendiam kelu kata
meresah hilang segala

mati lagi aku!

Friday, April 27, 2012

Longkang hati

kau bertutur dalam maknanya
kau bertutur tentang ketuhanan yang satu
kau bertutur tiada salahnya
kau bertutur sentiasa benarnya

kau bertutur
ya kau bertutur

tanpa sedar kau diperhatikan segala segi

kau tarik dia dan mereka
kau ludah seadanya

hingga mereka kepelikan
hingga mereka kebencian
kerana mereka ketakutan
lalu mereka meninggalkan

hantu yang kau beri sangat dasyat
tiada yang mampu melepaskan diri
biar meninggalkan tapi kau ikat dengan besi beracun yang menyeksa
seumur hidup!

sahabat jadi musuh
segala nya onar hitam yang pekat