Friday, August 24, 2012

Salam Lebaran 1433H

Aku takkan jadi seperti mereka
Aku hanya mahu tersenyum melihat badut badut kekwat membuka cerita
berteriak tawa sepanjang perjumpaan
dengan cerita menaikkan diri sendiri dan menjatuhkan manusia lain

indahnya hati mereka bila dapat membuat yang lain menangis merana
hingga ada luka dalaman dan luaran

melibatkan yang hidup dan yang mati
terjatuh hingga jauh
kasihan pada mangsa
kasihan jerit hatiku
hanya dalam hatiku

Salam Lebaran wahai pemangsa
tak mengapa
tahun depan kau datang lagi untuk hulurkan maaf bukan??

Thursday, August 16, 2012

Bohong

jika bercakap benar itu menyakitkan semua pihak jadi dimana letaknya hati manusia kini.
jika melihat yang Satu itu kepayahan jadi dimana jiwa manusia yang nyatanya hamba?

jika ini adalah laluan kau dimana laluan aku
jika ini cerita yang pahit dimana yang indah dan bahagia
jika ini dan dimana
jika ini dan dimana
jika ini dan mengapa?

perhati sekeliling manusia yang bernama aku
lihat dan pandang dengan teliti
manusia bukan menyendiri
mereka memerlukan satu sama lain
sakit
sakit
dan menyakitkan

aku berdoa semua jangan jadi pelik dan hitam
aku berdoa
aku berdoa

tapi mengapa masih ada bohong?