Prinsip
Ia apa?
Ikatan apa yang perlu dilakukan oleh aku untuk utuhkan ia dalam hidup aku?
Panjang soalan ini.
Prinsip
Akan ada atau ia datang sendiri atau
Aku perlu gali ratusan kata untuk dihadirkan ia dalam diri
Diri siapa
Aku atau mereka
Perguna dan dipergunakan
Akal mana mahu aku guna untuk telan semua ini dan ucap bahawa aku adil pada semua
Bukan sahaja aku
Malah untuk mereka yang lain.
Thursday, April 9, 2015
Monday, March 30, 2015
5.00am
Aku tak tahu
Sampai bila harus aku simpan cerita gelap
Menipu dan tertipu
Bahagia aku dirampas
Jiwa aku dinoda
Rakus oleh mereka
Kejam aku atau kejam mereka
Aku tak ada jawapan wahai kawan
Hembus nafas perlahan lahan
Saat yang tertinggal sepi ini adalah saat mati aku
Fenomena hilang memori
Tak upaya telan masa dan catit segala
Ah
Jangan ketawa akan aku wahai kawan
Kerna aku bakal lupa bukan saja dia mereka atau kamu
Tapi juga aku
Maaf
Sakit ini memakan aku
Sampai bila harus aku simpan cerita gelap
Menipu dan tertipu
Bahagia aku dirampas
Jiwa aku dinoda
Rakus oleh mereka
Kejam aku atau kejam mereka
Aku tak ada jawapan wahai kawan
Hembus nafas perlahan lahan
Saat yang tertinggal sepi ini adalah saat mati aku
Fenomena hilang memori
Tak upaya telan masa dan catit segala
Ah
Jangan ketawa akan aku wahai kawan
Kerna aku bakal lupa bukan saja dia mereka atau kamu
Tapi juga aku
Maaf
Sakit ini memakan aku
Subscribe to:
Posts (Atom)