Sunday, April 3, 2011

"berapa kali mahu aku jadi sempurna jika kau sendiri tak mampu?"

Kelmarin.

Kau berjalan seriringan aku. Sama sama memegang tangan menongkah selut hitam paya berbau dengan aroma hanyir kehidupan. Kau katakan jangan sekali kita pandang apa yang berlalu biar segala yang baru bersama untuk masa depan dan sama sama harus senyum dengan penuh azam gigih!


Semalam.

Tangan aku mula dirungkai dalam genggaman kau. Kau kata aku perlu belajar kayuh sampan sendiri bila kau sedar ada satu tapak aku mula maju. Senyuman kau masih ada walau aku bagai terasa kau bukan seikhlas biasa sama dalam mimpi dan realiti. Kau kata kau sentiasa ada dibelakang aku untuk menopang jika aku terjatuh kerana kau tak mahu lihat aku jatuh kali kesekiannya.


Hari ini.

Kau berlari kepada aku, mengatakan kepada aku bahawa aku salah dalam perhitungan jalan yang aku pilih. Jalan yang aku pilih dihadapan tanpa sekali pun aku tidak menoleh kebelakang dan melihat betapa hitam haluan dahulu. Kau juga katakan pada aku bahawa kau tak mahu menerima gapaian tanganku andai aku bukan sempurna seperti yang kau mahu dan sempurna seperti kau sememangnya.


Kata mula dan akhir dari aku.

Jangan sesekali mengarang propaganda hidup pada aku andai kau sendiri tahu aku lagi hebat menulis jalan cerita untuk mimpi disiang hari dan jangan sesekali kau mencuba untuk bertaruh pahit dan manis hidup kalau kau sendiri tahu aku bukan manusia yang mudah terjatuh dengan pandangan simpati manusia seperti kau!


Tamatkan seloka hitam diari kau hari ini!

No comments:

Post a Comment