Lampu itu kelip berkelip
Anak panah bertujuan lalu mana
Kanan atau hilang di hujung?
Aku mahu pulang
Walau dingin
Walau kelam
Walau jalan menghampakan yang terbentang
Basahkan noda semalam dengan keringat hari ini
Jerih yang tak ternilai untuk aku kotakan
Pulang
Biar kamu bakal hilang lagi
seperti melepasi telepati yang akan berganti
Tak terhapus
Ayuh
Akan ku tunggu dengan setia
Pulang
Aku pada kamu
No comments:
Post a Comment