Friday, June 2, 2017

CCTV

Semua berkata mata itu perlu berjaga jaga
Ada yang baik ada yang tidak
Ada yang yang diendahkan apa yang tidak
Jangan percaya pada dramatik hidup tanpa bertali--

Sekarang kita simpulkan dengan mudahnya sesuatu yang baik
Simpulkan ia menjadi sesuatu yang bahagia
bukan meninggalkan sesuatu yang tidak--

Siapa dia yang pernah beraja dihati
Siapa dia yang merampas dia didalam hidup
Siapa mereka yang menunding jari
Siapa mereka yang memukau noda dalam cerita kita
Siapa?

Kita teruskan dengan fasa kedua.

aku bertemu dengan senja yang jingga
nyaman dan mendamaikan hati
menerima aku seadanya aku
bukan seperti dia atau mereka
yang merubah hati seperti sisi pantai yang tiada tetap--

tapi mengapa ada lagi cerita seterusnya
katanya aku hanya sendiri
melari dari kenyataan
cuba melukis indah tetapi ia bukan warna
tapi hanya darah hati yang terluka pedih
sakit.

fasa ketiga aku teruskan juga--

susun semula semua yang tertinggal sepi
dan aku tahu bukan ini yang aku mahu
dia atau sesiapa
aku tak mahu apa apa--

aku hanya mahu tanah lapang yang bernyaman anginnya
hembus ke dasar hati dan ratakan segala ledakan amarah
aku mahu padang luas berrumput harum
berbunga indah warna warni dan
peneman peneman sepi yang setia hingga hujung nyawaku--

dan fasa ketiga bakal berakhir.

No comments:

Post a Comment