Friday, March 11, 2011

lagu sumbang

rambut gugur satu satu
tak sama warna seperti dahulu
kau lena kala itu
saat aku kata jangan berlalu
tinggalkan satu saat untuk aku
bagi aku kenang waktu yang ada bersamamu

air mata gugur satu satu
tak sama rembes nada seperti selalu
kau kata ini yang terakhir tiada lain kali
kerana hanya kau dan aku yang fahami
tiap bait kata
lagu sumbang dalam cerita kita

aku mencuba berlari
mahu gapai lagi tangan kau
walau tahu kau masih terbaring
terkulai dalam mimpi
aku cuba jadi cantik
buat tatapan terakhir diri
tapi ini yang akhir
kerana kita tiada mula titik

Monday, February 21, 2011

kau ku sayang! (versi rock kapak)

kau ku rindukan kala gelak tawa bagai mak lela

teman setia lepak kedai laksa walau kau sendiri tak suka

kau yang ku inginkan tersengih lagak kerang busuk

tidur malam buat aku mimpi peristiwa manis ditamparmu

usah kau tangis

takkan berubah tune gitarku

ia tetap setia menjadi lagumu

takkan sekali terputus talinya tanpa kusedari

usah kau resahkan

takkan ada yang mampu menyanyikan

lagu cinta rock kapak kita

bukan seperti isabella lagu search dahulu kala

kau ku sayang

kau lah inspirasi terhadirnya lagu ini

kerna kau ku sayang

peneman setia..


walau ku hanya mampu makan meggi..


puisi khas buat kawan kawan lelaki aku yang bercinta :)

# ni dah tukar versi..susah sangat ayat jiwang ni..haha!