Saturday, February 12, 2011

akhirnya mula!

wohoo!

kau mencongak lukisan pada awan
bila mahu habis satu putaran
kau mengumpul bilangan tanda tanya
sampai kepala
sampai kepala
sampai kepala kau terhenti....

berfikir

kau lakar contengan pada tanah
lakaran buruk tak pernah sama
kau memadam semua kotoran
sampai tiada
sampai tiada
sampai tiada apa yang kau mahukan...

kosong

hidup ini mana ada yang sempurna
jalan lurus juga pernah ada luka
hidup ini semuanya permulaan
mati nanti penghabisan
hidup ini mana ada semua tawa
hujan turun tiada siapa dapat jangka
hidup ini perlu diteruskan jua
walau hati
walau hati
walau hati bisa mati

No comments:

Post a Comment